Ahad, Julai 24, 2011

Kuih Bom...Kak AlongRos


Assalamualaikum n selamat berhari minggu... semua, hari pg2 lagi zana dah skodeng kat sini nak n3kan resepi kuih bom yg mudah nie.. zana alih bahasanya aje dari resepi kak AlongRos, thank ya kak.. mmg mudah dan sedap, masa menggoreng pun tak de meletup2/merekah ~ markah penuh utk akak..hehehe!!!
Kuih Bom
(sumber : AlongRos)
Bahan2nya:
  • 80gm Keledek ~ kukus dan lecek (zana rebus jer dan buh 100gm)
  • 120gm tepung pulut
  • 20gm tpg gandum
  • 35gm gula kastor
  • secubit garam
  • 100ml air (zana kurangkan jd 60ml air)
  • bijan secukupnya utk menggolek
  • inti kacang/kelapa (zana guna pes kacang merah jer)
Cara2nya:
1. Gaul semua bahan kecuali bijan sehingga adunan sebati dan tidak melekat ditangan
2. Bahagikan kepada 12 bahagian dan bulat2kan
3. Ambil sebahagian.. leperkan dan isikan inti dan bulatkan semula ~ buat hingga habis
4. Kemudian golek2kan didalam bekas yg berisi bijan.
5. Goreng dlm minyak panas sehingga kekuningan atau masak.

1 ulasan:

  1. aslmkum zana..suke kuih ni.. tpi lum pernah buat sendiri.. bila lah nk rajin2 ni..

    BalasPadam