Isnin, Julai 18, 2011

Chocolate Choclairs Muffin


Salam... jom jamu mata anda di waktu2 ptg nie dgn muffin... pulak! Resepinya zana amik dari rumah hasue.. x pun boleh tengok kat sini . Hasue akak cNp ajelah ye tq.. :P

Chocolate Chocolairs Muffin
Resepi Asal: Yani@deco choco

Bahan-bahan:

200gm tepung naik sendiri - hasue buh 180g
20gm serbuk koko
2 biji telur
45gm gula perang
45gm gula kastor
100gm mentega
100ml susu segar
50gm chocolate chips
10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)

Cara-cara:

Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung kmdn susu. Akhir sekali tepung.
Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

3 ulasan:

  1. sedapnyee kak zana...menarik kejadian muffin tuh

    BalasPadam
  2. Salam Kak..Wahhhh..Dah sampai sini dahhhhh Choclairs muffin ni

    BalasPadam