Assalamualaikum... & selamat ptg... Hai!! bersua kembali di ptg hari khamis... pejam celik2 sekejap aje dah bulan Ramadhan. Bulan yg dinanti2 oleh setiap insan di bumi Allah nie... bulan utk kita menambahkan amal ibadat kepada yang Maha Esa...
Oklah! td zana buat buah melaka utk minum ptg, kalau kat tempat zana panggil kue/buah kelopong ~ biasanya setiap bulan ramadhan zana pasti akan membuatnya...ia menjadi salah satu juadah berbuka puasa. Oh ya!! zana ade satu teka-tekilah siapa boleh jawap! Banyak2 buah.. buah apa yg bila masak ia timbul? Angkat tangan siapa nak jawap? hehehe.... :D jom tengok resepinya...
Buah Melaka@kue Kelopong
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
- 1 cwn tepung pulut
- secubit
- 1/2 cwn air
- 1/4 st pes pandan
- sedikit pewarna hijau
- gula melaka ~ didadu secukupnya
- kelapa parut + dgn sedikit garam
- air utk merebus
Cara2nya:
1. Masukkan tpg pulut, secubit garam kedlm mangkuk ~ masukkan air sedikit2 sambil digaul sebati.
2. Masukkan pes pandan dan sedikit pewarna hijau dan gaul lagi sehingga adunan rata dan sebati.
3. Panaskan air dlm periuk ~ biar sehingga mendidih
4. Sementara itu.. buatkan bebola kecil sehingga habis (dpt dlm 16 biji) ~ kemudian masukkan gula melaka yg telah didadu td dan buat bulat2kan kembali.
5. Setelah siap ~ rebuskan adunan buah melaka, kacau dan tunggu sehingga ia timbul, barulah diangkat.
6. Kemudian golekkan kedlm mangkuk berisi kelapa parut ~ siap!! bolehlah dihidangkan
nak puasa ni..bagus gak leh cuba cuba..sedappp :)
BalasPadamJom baca ni :Which one is the best?Hmmmm...