Isnin, Julai 11, 2011

Kerapu Nanas..


Assalamualaikum n salam sejahtera..haii!! bersiaran kembali di ptg hari Isnin ini... hari isnin yg memboringkan di opisss ni... gara2 hidungku yg berair...dgn bersin2nya, mata naik berair, duduk pun rasa serba x kena..mcm nak demam pun ade. Kena pil selsema sebijik barulah rasa reda sedikit...tp terasa mengantuklah pulak. Oklah! nak melayan mata nie jap.. nak n3kan menu mkn mlm zana sekeluarga semlm... kita asyik tunjuk pala ikan jer ler!! ikan kerapu yg dibawa oleh hubby tu ari.. yg part ekoqnye dah abih x sempat nak snap.. dah kena ngap2... :D
Kerapu Nanas..
(sumber : Sajionline dan diolah semula)
Bahan2nya:
  • 1/2 ekor ikan Kerapu sederhana besar dicuci dan dibersihkan
  • 1 biji telur
  • 2 sdt tepung jagung
  • sedikit garam
  • minyak utk menggoreng secukupnya
  • 1 labu bawang besar didadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 batang serai dihiris halus
  • 1 biji buah tomato didadu
  • 1/4 biji lada benggala didadu
  • 2 sdm sos manis ABC
  • 2 sdm sos tiram
  • 1/2 biji nanas madu didadu
  • 2 sdm jus limau kasturi
  • 1 sdt tepung jagung + 1/2 cwn air
  • garam secukup rasa
  • sedikit hirisan daun sadri/bwg/lemon utk hiasan
Cara2nya:
1. Pecahkan telur dan kocakkan sekejap ~ masukkan didalam mangkuk berisi ikan dan tambahkan tepung jagung dan sedikit garam dan digaul rata ~ ketepikan
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan tadi sehingga garing/masak ~ angkat dan ketepikan.
3. Sementara itu.. panaskan sedikit minyak dan tumiskan bwg putih, serai, dan bwg besar sehingga wangi.
4. Masukkan buah tomato, sos manis, sos tiram ~ masukkan tpg jagung yg telah dibancuh dgn 1/2 cwn air kacau rata dan biarkan merenih sebentar barulah masukkan nanas dan kacau lagi..rasakan dgn sedikit garam. Tutupkan apinya
5. Curahkan keatas ikan yg telah digoreng td dan hiaskan dgn hirisan daun bwg/sadri & lemon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan