Khamis, Julai 28, 2011

Roti John ~ Melaka


Salam...jom semak resepi Roti John~Melaka nie. Dah lama zana x makan, biasanya jika balik ke kampung zana pasti pekena Roti John nie kat satu kedai di Pantai Puteri Klebang, Melaka. Jadi disebabkan nak jugak makan kenalah buat sendiri ~ kite buat dari apa yg kite rasa... main agak2 jer! Lagi pun roti john di Melaka ni, guna ikan bilis dan dimakan pula dgn sos cili yg dibuat sendiri.. x perlu taruk mayonies pun dah sedap... :D
Roti John Melaka
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • Roti high5 ~ mini bar
  • 3 biji telur - dikocak terlebih dahulu
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • segenggam ikan bilis* (taruk lebih lg sedap)
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit hirisan timun / buah tomato
Cara2nya:
1. Kisar bahan yg bertanda * sehingga halus ~ masukkan kedalam mangkuk berisi telur dan dikacau sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit serbuk lada putih dan rasakan dgn sedikit garam ~ kacau rata.
3. Panaskan kuali non stik yg telah dioleskan dgn sedikit minyak~ ambil roti dan dibelah 2, kemudian sapukan dgn sedikit mentega dan ratakan dgn adunan telur ~ kemudian bakar. Buat sehingga habis.
4. Letakkan hirisan timun dan tomato ~ hidangkan bersama sos cili.. sesuai utk minum ptg dan sarapan pagi. Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. salam..datang malam malam nak cari makan ni..lama tak bikin roti john..sedapkan ..puas jika buat sendiri.

    BalasPadam