Assalamualaikum dan bersua lagi di petang hari jumaat ni.. kabarre.. semua dah minum petang belum? Oklah! hari ni zana x de apa nak cerita cuma nak n3kan menu makan mlm zana dan keluarga. Rasanya sebelum ni zana pernah masukkan resepinya tp dah agak lamalah jugak.. kalau nak tengok boleh semak di Sini.. atau pun tengok aje kat sini.... :D
Ayam Masak Madu
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
- 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil dan dibersihkan
- 4 biji bwg merah*
- 2 ulas bwg putih*
- 1/2" halia* } ditumbuk
- 1/2" kulit kayu manis
- sekuntum bunga lawang
- 2-3 kuntum bunga cengkih
- 1 biji buah pelaga
- 1 labu bwg besar dipotong bulat
- 1 helai daun pandan
- 1 batang serai dititik
- 1 biji tomato dipotong 4
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan madu
- kicap dan sos tomato secukupnya
Cara2nya:
1. Ayam dilumur dgn serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng sehingga masak
2 Panaskan minyak ~ tumiskan bahan rempah/tumbuk serta serai dan daun pandan sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan dikacau rata, bila cili hampir masak masukkan kicap, sos tomato, bawang besar dan tomato ~ tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Akhir sekali masukkan madu di ikuti dgn ayam goreng, kacau rata dan sebati. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan