Isnin, Mei 23, 2011

Kari Kepala Ikan


Assalammualaikum... bersiaran lagi di t/hari Isnin... masa utk mengn3kan menu mkn malam zana dan keluarga semalam. Lama dah x membuatnya.. sesekali kena kari kepala ikan memang sedap! kalau makan kat kedai mamak rasanya x kurang RM40 kan? Jom jamu selera n mata... :)
Kari Kepala Ikan
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • sebahangian kepala ikan Merah (+ dgn 2ketul bhgn daging)
  • 1 labu bawang besar dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 7-8 biji terung telunjuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 st jintan manis
  • sedikit halba
  • 4 sudu makan serbuk kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 st pes asam jawa adabi
  • 3-4 cwn air
  • garam secukup rasa
Cara menyediakan
  1. Ikan dicuci bersih. Panaskan sedikit minyak tumiskan halba, jintan manis, daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan terung, tomato dan bawang besar digaul rata dan sehingga bwg layu.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dicampur sedikit air dan pes asam jawa dan digaul sebati.
  4. Masukkan secawan air diikuti ikan dan dikacau rata. Apabila merenih tambahkan air lagi ~ kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Rasakan dgn sedikit garam dan tutupkan apinya bila masak. Hidangkan ketika masih panas...(makan rebut2 mcm tu..bestnya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan