get this widget here

Selasa, Julai 12, 2011

Telur Rampai Kukus


Assalamualaikum dan selamat pagi.. pd pengunjung2 blog ni, pagi nie zana nak n3kan resepi telur kukus, sepatutnya semalam zana nak n3kan tp x berkesempatan. Resepinya zana cedok dari dapur CMG tapi zana olahkan semula ikut selera tuan gumah nih hehehe.... :D
Telur Rampai Kukus
(sumber: CMG / diolah semula)
Bahan2nya:
  • 3 biji telur ~ dikocak sekejap
  • 1 sdm mayonies
  • 1 ulas bwg putih dicincang
  • 1 labu bawang besar didadu
  • 1 biji buah tomato dibuang biji dan didadu
  • 1/4 biji capsicum merah didadu
  • 2 btg sosej ayam didadu kecil
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit hirisan daun sadri dan bwg
  • garam secukup rasa
Cara2nya:
1. Sediakan kukusan ~ panaskan
2. Sementara tu kocakkan telur ~ masukkan semua bahan2 dan digaul sebati
3. Kemudian masukkan adunan telur kedalam loyang kecil berukuran 6"/7"dia yg telah dilanser dgn sedikit minyak dan taburkan dgn hirisan daun sadri/bwg.
4. Kukuskan telur tadi selama 10 min. Angkat dan bolehlah dihidangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan