Khamis, Disember 03, 2009

Lapis Roti Berdaging


“Lapis Roti Berdaging” nie, saya buat pagi td..bangun awal untuk wat mende nie...memang mengenyangkan…sodap!!!Resepi ini saya cedok dari gobok kak ummi tapi haku..buatnya ikut versi ku..lah..jangan marah yea kak ummi..he..hee..nanti kena jual!!!…
(penyediaan mkn utk 6-8 org)
Bahan2 utk lapisan daging:
  • 400gm daging cincang ready made (Ramlee)
  • 3 biji kentang didadu
  • 2 biji bwg besar didadu
  • 2 biji bwg putih dicincang
  • 1 sb rempah kari
  • 1 sb rempah kurma
  • 1 sb mix herb
  • 1 sb sos tiram
  • minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Bahan2 utk lapisan roti:

  • 20 kpg roti gardenia
  • 3 cwn fresh milk
  • 3 biji telur
  • 2 cubit garam
  • 6 kpg cheese slice SCS (original)
  • daun saderi/daun bawang secukupnya dihiris (utk optional)
    sedikit cincangan cili merah(optinal)

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bwg besar sehingga layu, kemudian masukkan rempah kari/kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air dan dikacau sehingga sebati, biarkan sebentar.
  2. Masukkan daging cincang bersama dgn kentang dan dikacau rata..masak sehingga daging agak kering@ kentangnya empuk dan masukkan mix herb, sos tiram dan garam secukup rasa – kacau sebentar tutup api dan ketepi.
  3. Sementara itu, satukan telor, susu dan garam. Pukul hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*zana guna loyang 8x8 inci )
    Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
  6. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
  7. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Susunkan cheese slice dan taburkan dgn hirisan daun bwg/sadri dan cili merah.
  8. Bakar dengan api sederhana pd suhu 150`C(ikut pd oven msg2) selama 40 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.
    *bolehlah dihidangkan bersama sos cili utk sarapan pagi..jemputlah!!..

2 ulasan:

  1. Salam, sedapnya nampak roti tu... bolehlah cuba, daging korban masih ada stok lg dlm peti ais tu...

    BalasPadam
  2. Salam kak zana rose,
    Wah! roti lapis berdaging! bagus idea tu. nampak sedapnya.... ada lg kak? ;)

    BalasPadam