Isnin, Disember 28, 2009

Popia Udang Kering


Salam semua..dan selamat pagi...dah tiga hari zana x update blog nie kan...cuti hujung2 minggu nie memang bizi sekali, balik kg ade majlis pertunangan anak saudara, kenduri kahwin sana sini dan macam2 lagilah!..Hari ini menu sarapan pagi zana simple aje.."Popia Udang Kering"..,resepinya zana cedok kat gobok kak ummi..lagi, he...heek terima kasih kak ummi kerana kongsi resepi yg mudah nie..copy ajer ye kak
Bahan2nya:
  • 15 keping kulit popia/secukupnya
  • 1/2 biji timun - dihiris halus2
  • 1/2 biji carrot - dihiris halus2
  • 1/4 biji sengkuang - dihiris halus2
  • sedikit daun salad -dihiris halus2
  • 1 sudu besar udang kering - basuh, toskan dan tumbuk2 sikit
  • 2 sudu besar tepung serbaguna

Cara Menyediakan:-

  1. Dalam bekas, gaul rata timun, carrot, sengkuang dan daun salad.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Sambil itu, gaulkan udang kering tadi dengan tepung serbaguna, dan gorengkan hingga agak garing.
  3. Angkat dan campurkan dalam mangkuk sayuran tadi. Gaul rata.
  4. Sediakan kulit popia, letak sayuran sebagai inti di tengah-tengah dan gulung. Lekatkan bahagian hujungnya dengan membasahkan dengan sedikit air.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng popia dengan api sederhana perlahan hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.

1 ulasan:

  1. salam Zana..sedapnya Popia...makan masa panas2.....mesti ranggup...nak sebiji...mesti dah abis..hihi

    BalasPadam