Rabu, Disember 02, 2009

Sambal Goreng Kak Cik



Salam semua..jumpa lagi kite..sebenarnya sambal goreng nie..dibuat pada kuantiti yang agak banyak di kampong..,masa tu..adelah sorang makyong nie.. teringin nak makannya..jadi disebabkan kat kg ramai orang kita buat banyaklah!! Zana sebenarnya x lah pandai nak buatnya, tp dpt juga membuatnya sendiri...resepi & guidenye dari mysis in law “kak cik”dan dibawah nie resepi sambal goreng utk kuantiti yg sedikit lah..yea..zana olahkan semula hee..hee…
Bahan2nya:
  • 2 paket soon (pek yg kecil tu) }
  • 1 paket tahu pucuk } dipotong dan diremdam hingga lembut
  • 3 biji kentang ~ dipotong dadu
  • 1 paket tempe (yg bungkusan plastic)~dipotong dadu dan nipis sikit
  • 2 keping tahu basah~dipotong dadu jugak
  • 300gm udang basah yg tekah dibersihkan
  • 10 biji cili padi }
  • 2 biji cili merah (utk tambahan aje- x ubuh pon) } ~ dimayang kasar sikit
  • ½” halia } ~ dimayang nipis
  • 5 biji bawang merah }
  • 3 biji bawang putih }
  • Kicap manis & kicap masin secukupnya (agak2 lerr..)
  • Air asam jawa + sedikit belacan
Cara membuatnya:
  1. Terlebih dahulu…goreng kentang, tahu dan tempe sehingga masak kekuningan..pastu leh lah..
  2. Panaskan minyak dlm kuali – masaukan halia dan cili padi, goreng hingga agak layu
  3. Masukkan bawang putih dan digoreng lg diikuti bawang merah hingga layu
  4. Masukkan udang basah dan dikacau sehingga udang tu kemerah2an
  5. Kemudian masukkan pula tahu pucuk dan soon dan kacau lagi
  6. Masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi (kentang, tempe & tahu)~kacau
  7. Barulah masukkan kicap manis & kicap masin secukupnya ~ dikacau sebati
  8. Last sekali barulah masukkan air asam jawa dan dikaup2kan atau dikirai2(betul kebhsa nie..hehe) ala macam wat beehoon tu…siap tutup api & lehlah dihidangkan.

    *p/s kalau nak bubuh petai, pedal atau hati ayam pun boleh..

2 ulasan:

  1. sedap sambal nie kalau mkn dgn nasi panas2...yummy..

    BalasPadam
  2. salam kegemaran sy n ank2 lah sambal grg ni kalau dpt x mkn ape pun meratah je begitu... ade lg ke nak cikit.....dah lapo balik ni petg mcm ni heeee

    BalasPadam