Selasa, Disember 01, 2009

Pajeri Nenas


Assalamualaikum...hari ini zana nak tempekkan resepi "Pajeri Nenas" lauknya dah abis..dah..pon..
Bahan2nye:
  • Sebiji nenas Moris
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1" halia*
  • segenggam ikan bilis/2 sb udang kering*
  • 2 btg serai dititik
  • 1 sk halba+biji sawi
  • 1" kulit kayu manis
  • 6 sb rempah kari Baba`s(digaul dgn sedikit air)
  • 3 cwn santan pekat (dr sebiji kelapa)
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb kerisik
  • garam secukup rasa

Cara membuatnye:

  1. Nenas dibuang kulit dan dipotong kecil kemudian dicelur sekejap.
  2. Bahan2 * dikisar/ditumbuk
  3. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan2 tumbuk, kulit kayu manis, halba dan serai sehingga naik aromanya.
  4. Masukkan rempah kari yang telah digaul dengan sedikit air dan dikacau rata.
  5. Kemudian barulah masukkan nenas diikuti kerisik, kacau supaya rempahnya x melekat pada kuali
  6. Masukkan santan dan rasakan dgn garam dan gula
  7. Masak sehingga kuahnya pekat dan naik minyak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan