Rabu, Disember 23, 2009

Sambal Udang


Sambal Udang....lama sungguh zana x buat...yumm..yumm..sedap sekali, selalunya zana memasak pd waktu pagi seblm pegi kerja. Ini adalah menu mkn t/hari buat anak2 dirumah kena pulak dengan sop ayam..memang fav. mereka. W/pun ramai yang dah tau..zana letak jugaklah rezepinya..
Bahan2nya:
  • 15 ekor udang serdahana besar~yg telah dibersihkan
  • 1 biji buah tomato dibelah 4
  • 1 labu bawang besar dibelah 6
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan* (bhn * ditumbuk halus)
  • 1 sk pes asam jawa adabi + sedikit air
  • 5 sb cili mesin/giling
  • rasakan dgn sedikit garam & gula

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak ~ tumis bahan tumbuk hingga naik aroma
  2. Masukkan cili kisar dan dikacau sebati ~ biarkan sehingga cili agak masak
  3. Masukkan udang dan dikacau lagi, kemudian barulah masukkan pes asam jawa bersama buah tomato dan bawang besar dan digaul rata.
  4. Rasakan dgn sedikit garam dan gula...
  5. Biarkan sebentar sehingga masak dan boleh ditutup apinya.
  6. Siap!! bolehlah dihidangkan....sedia utk dimakan.

2 ulasan:

  1. Salam kak zana Rose,
    hu, kalu ada belacan tu, semestinya sedap! ada lagi ke? lapar ni.

    BalasPadam
  2. m`kumslm..indah..memanglah..kalau menyambal tu mestilah ade belacan sikit, barulah ade ummp...

    BalasPadam