Khamis, Disember 24, 2009

Bingka Tepung Beras..


Salam..."Bingka Tepung Beras", resepi nie zana ambik dari dapur kak ummi/kak jun...resepi asalnya dari Kak Fida MyR..bahan2nya mudah aje so...zana cuba buat mlm tadi, memang sedap. Musim cuti2 sekolah nie, buat ape2 aje semuanya laku..kan. Tkasih pada cik kak2 nie, hehee...zana copy je yea kak ummi...
Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

  • 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
  • 250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
  • 250 gm tepungberas (cap Gajah)
  • 50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
  • 1/2 st. esen vanila
  • 1 sk. garam

Cara-Cara:-

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
  3. Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.(zana alas dgn daun pisang)
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

2 ulasan:

  1. cun bingka beras tu zana.. :) bahan2 pun senang aje.. mesti kena cuba ni.. err.. ada lagi ke bingkanya zana? :)

    BalasPadam
  2. terima kasih..mesti kena cuba sedap tau..nnt zana pos sepiring..amiklah ye..

    BalasPadam