Ahad, Disember 06, 2009

Daging masak ungkep..


Salam semua.. semalam zana cuba masak lauk nie..menu untuk makan malam..sumbernya zana ambil dari majalah Saji keluaran terbaru (dec 2009).
Bahan2nya:
  • 400gm daging dipotong kecil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun salam (zana buh 1 je + 2 helai daun limau purut)
  • 2 batang serai dititik
  • garam secukupnya

Bahan kisar:

  • 10 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 4 biji buah keras (zana buh 3 bj je)
  • 2 sb ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam
  • 2 cm kunyit hidup (1")
  • 2 cm halia.

Cara menyediakan:

  1. Renehkan daging bersama bahan kisar dan serai
  2. Masukkan satu cawan santan dan air. Didihkan sehingga daging empuk dan kacau.
  3. Masukkan lagi lebihan santan, daun salam dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api dan masak sehingga kuahnya pekat. Siap dan hidangkan.

Menu makan malam...daging masak ungkep, sup sayur & ikan kembong goreng..jempulah..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan