Isnin, Disember 07, 2009

Sambal Sardin VersiKu..



Salam pagi Isnin...hai!! hari nie..zana nak kongsi resepi sambal sardin nie..sebenarnya ini sambal sardin yang biasa zana buat tp kali nie tambahkan kentang dan petai..hee..bukan bermakna zana suka makan petai..disebabkan stok petai yg tak abis2 dlm peti ais tu..lah jadinye..
Bahan2nya:

  • 1 tin sederhana kecil sardin
  • 1 labu bawang besar di hiris bulat
  • 1 biji kentang dipotong ikut suka
  • 1/2 cwn petai yg telah dibuang kulit
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih* (*~ditumbuk)
  • sedikit belacan*
  • sedikit air asam jawa /jus limau kasturi
  • 3 sb cili kisar/mesin
  • garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak..,tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili hampir masak, masukkan kentang supaya cepat empuk.
  2. Masukkan ikan sardin dan petai kemudian di gaul rata
  3. Pastu masukkan bawang besar bersama buah tomato
  4. Akhir sekali barulah masukkan air asam jawa/jus limau kasturi & sedikit garam


1 ulasan:

  1. salam sedp tu sambal sardin.. g rmh ina pun ade sambal ni jugak...kena nasi panas best ni

    BalasPadam