Rabu, Disember 16, 2009

Kari Kepala Ikan Sebarau..


Salam...kawan2..dah 2 hari zana tak update blog nie..hari ni..zana nak tempekkan resepi "Kari Kepala Ikan Sebarau"...pulak...hasil yg dibawa pulang oleh my hubby selepas 5 hari p memancing ke "Tasik Kenyir" bersama kawan2nya. Ini adalah menu makan malam kami sekeluarga...kena pulak dgn ikan masin...puh!! memang menyelerakan..jom layan aje...k
Bahan2nya:
  • Kepala ikan sebarau yang telah dibelah 2 dan dicuci bersih..
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 biji bawang putih dihiris nipis
  • 2 inci halia dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sk jintan manis
  • 1 biji buah tomato dibelah 4
  • 1 sk pes asam jawa adabi + sedikit air
  • 5 sb serbuk kari ikan babas
  • 4 cawan air
  • bendi/terung
  • garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak ~ tumiskan dulu jintan manis..diikuti bawang putih/besar/halia dan dikacau sehingga naik aroma.
  2. Masukkan setangkai daun kari bersama dgn buah tomato dan digaul sebati
  3. Masukkan serbuk kari ikan yg telah digaulkan bersama pes asam jawa dan sedikit air dan dikacau sebati.
  4. Kemudian barulah masukkan kepala ikan bersama secawan air dan biarkan ia mereneh sebentar...masukkan baki air
  5. Bila ia mereneh sedikit masukkan pula bendir/terung dan rasakan dgn sedikit garam...biarkan sehingga masak.
  6. Tutup api dan bolehlah dihidangkan....

1 ulasan:

  1. fuyoo..kari...zana..kari kepala ikan tu my favret...suami pun suka...:)

    BalasPadam