Isnin, Ogos 01, 2011

Salam Ramadhan...


Assalamualaikum...& Selamat Berpuasa... bersua lagi di bulan Ramadhan yg mulia ini.., semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari yang sebelumnya, sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dgn memperbanyakkan amal Ibadah kita pada yang Maha Esa, semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik untuk kita beribadah kepada Nya, kerana pada bulan inilah Allah membuka pintu syurga dan pintu neraka akan tertutup bagi memberi peluang pd kita untuk membersihkan diri dgn amalan2 yang baik. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihan dan keindahannya kerana di dalamnya berdapat malam Lailatur Qadar, iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
cuba kita baca dan hayati puisi di bawah ini hasil karya dari zulakmal

Ramadhan Terindah

Jika aku terbang di angkasa,
Kulihat bumi nan indah,
Hijau itu daratan,
Biru itu lautan.

Aku leka dibuai keindahan,
Alam ciptaan Tuhan,
Yang satu,
Yang Esa,
Yang Maha Kuasa.

Andai kata biru itu pahala,
Hijau pula dosa,
Mampukah lautan menutupi daratan.

Andai kata pula hijau itu pahala,
Biru tu dosa,
Mampukah daratan mengambusi lautan.

Kulihat kelangit,
Biru!

Kurenung daratan,
Hijau!

Syurga atau neraka,
Di manakah aku?

Tangan ditadah,

Risau dan gelisah,
Resah taubat tak diendah.
Dahi ke tanah,
Hati pasrah.

Terawikh,
Tasbih,
Tahajjud,
Taubat,
Buat Ramadhan terindah..

1 ulasan: