Khamis, Ogos 18, 2011

Pau Yani...


Salam Ramadhan, bersiaran lagi kite... berpuasa utk hari yg ke 18..... begitu cepat sekali ku rasakan ramadhan kali ni.., sana sini dah tentu sibuk membuat persiapan utk menyambut syawal.. tp janganlah sampai membazir ye... Oklah! jom layan resepi pau yani yg zana buat tuu... buatnya dah seminggu baru hari ni d n3kan hehehe!!! jangan marah......
Pau Yani
sumber: Yani/MyR
by: zanavilla

Bahan2nya:
  • 300 tpg gandum (zana guna tpg pau)
  • 6gm baking powder
  • 2gm garam
  • 162gm air suam
  • 6gm dry yis
  • 30gm gula halus
  • 18gm lemak sayur
  • inti pilihan (zana buh inti kacang merah & coklat)
Cara2nya:
1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam ~ kacau biar serata
2. Campurkan air,dry yis dan gula dlm bekas lain ~ kacau biar gula larut
3. Masukkan no.2 kedlm no.1 ~ uli sehingga hampir licin
4. Masukkan pula lemak sayur ~ uli sehingga licin dan buat bentuk bulatkan
5. Penaikkan sehingga dua kali ganda atau 40C selama 30 minit
6. Uji uji doh itu naik atau tidak, taburkan sedikit tepung di atas doh dan tekan dgn jari, kalau tinggal lubang bermakna doh dah naik.
7. Tumbuk2kan doh utk buangkan angin ~ bagikan kepada 8-10 bhgn dan bentukkan bulat kemudian rehatkan selama 10 minit.
8. Ambil sebiji doh dan canaikan ~ letakkan inti ditengahnya dan tutup rapat2. Bila dah siap isi inti rehatkan lg selama 5 minit. Kukus selama 15-20 dgn api kuat (jgn buka kukusan itu ketika mengukus)
Siap bolehlah dihidangkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan