Ahad, Ogos 28, 2011

Almond Rocher Choc..


Assalamuaikum...selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Lebaran yg bakal tiba sehari dua lagi. Dah tentu ramai rakan2 kita yg telah pulang kekampung halaman masing2kan..pd mereka yg baru nak mulakan perjalanan hari nie...hati2lah di jalan raya dan ingatlah orang tersayang. Oklah! hari ni zana nak sharekan resepi coklat almond rocher... dah ramai kawan2 yg tayang biskut, zana x pon..kan? ade juga buat satu dua jenis biskut tp x dan2 nak n3kan di sini.. nantilah kalau ade kesempatan dan masa yg terluang zana akan n3kannya juga sbgi rujukkan anak2ku nanti.
Almond Rocher Choc.
By: zanavilla

Bahan2nya:
  • 300gm jejari kacang badam
  • 50gm gula ising
  • 250gm coklat hitam compound
  • 50gm coklat putih compound
  • paper cup secukupnya
Cara2nya:
  1. Kacang badam digaul dgn gula ising dan dipanggang terlebih dahulu utk merangupkannya, lebih kurang 8 min didlm oven dan biarkan sejuk.
  2. Cairkan coklat hitam secara double boil, kemudian masukkan kacang badam kedalam bekas adunan dan kacau badam bersama coklat cair sehingga sebati.
  3. Setelah itu, masukkan adunan tadi kedalam paper cup ~ buat sehingga habis
  4. Cairkan coklat putih dgn menggunakan kaedah yg sama (double boil) Kemudian masukkan coklat yg telah cair itu kedlm piping bag. Potongkan sedikit bucunya
  5. Picitkan larutan coklat putih itu membentuk zig zag di atas adunan badam coklat td, sejukkan pd suhu bilik dan simpan dlm bekas kedap udara.. sedia utk dihidangkan...selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan