Selasa, Ogos 16, 2011

Kari Ayam n Roti Jala


Salam.. menu yg dah ketinggalan nak di n3kan :D ... Kari Ayam n Roti Jala sebenarnya nak mencuba acuan roti jala 3 serampang nie.. dah lama mencari dan membelinya kat kedai daiso.. jepun, baru laniii..terlaksana, memang mudah aje menggunakannya...rasanya dah ramai kawan2 yg dah mencubanya.. zana jer yg ketinggalankan! hehehe!!!
Roti Jala
(sumber: kak Ummi /by: zanavilla)

Bahan2:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn air (1 cwn air + 1 cwn susu segar)
  • 1 biji telur
  • 1 st garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning (zana guna pewarna kuning telur)
Cara menyediakan:
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sehingga sebati..kemudian perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non stick, masukkan adunan kedlm acuan roti jala dan tebarkan adunan di atas kuali dgn menggunakan api perlahan selama seminit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Resepi Kari Ayam
(by: zanavilla)
Bahan2nya:
  • 1/2 ekor ayam dibersihkan ~ potong kecil
  • 1 biji kentang ~ didadu
  • 1/2 batang lobak merah ~ didadu
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 labu bwg besar dimayang kasar
  • 3 biji bwg merah*
  • 1 ulas bwg putih*
  • 1cm halia*} ditumbuk halus
  • 3 camca besar serbuk kari daging
  • 3 cwn santan cair
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi, kemudian masukkan daun kari, bwg besar dan tomato dan dikacau rata.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dan kacau sebati ~ biarkan ia mereneh sebentar.
3. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah ~ kacau rata dan masukkan santan.. rasakan dgn sedikit garam ~ kacau sehingga ia mendidih
4. Bila masak bolehlah tutup apinya dan hidangkan dgn roti jala.

1 ulasan:

  1. cantik betullah rupa paras roti jala tu...nak pandang-pandang saja, nak makan tak sampai hati untuk mengunyah & menelan kecantikkannya... hi hi hiii

    BalasPadam