Selasa, Ogos 02, 2011

Kuih Ketupor


Salam dan selamat berpuasa pd rakan2 yg berkunjung kesini. Hari nie.. sebenarnya xde apa2 yg nak diceritakan kat sini cuma zana nak entrykan menu sarapan pagi zana hari sabtu lepas. Nengok pd namanya macam pelik aje.. tp setelah dibuat dan dirasa, ianya sama saja dgn kuih2 talam yg lain seperti serimuka ia guna pulut pd dasarnya. Perbezaannya kuih nie gunakan beras yg dikisar dan dicampur pula dgn kelapa parut... cuba kita semak resipi yg zana ambil nie dari rumah CikManggis resepi asalnya dari AlongRoz...
Kuih Ketupor
(sumber: CikManggis , resepi asal: AlongRoz)

Bahan-bahannya:

Bawah:
1 cawan beras-rendam hingga kembang.
3 cawan santan cair.
Secubit garam.
120 gm kelapa parut-putih

Atas:
200 ml santan.
2 biji telur
40 gm tepung gandum.
100 gm gula pasir.
Secubit garam.
pewarna unggu(cm guna warna kuning)

Cara-caranya:

Untuk lapisan bawah:

  • Toskan beras.Blend dengan 3 cawan santan hingga hancur.(bukan hancur jadi tepung ya..ada biji-biji halus)
  • Masukkan dalam kuali,bubuh sedikit garam dan kelapa parut.Masak hingga pekat.
  • Sendukkan kedalam loyang dan ratakan permukaannya.kukus hingga masak.
Lapis Atas:

  • Satukan semua bahan-bahannya dalam blender dan blend hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang tadi dan kukus hingga masak.
  • Bila dah masak buka penutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong.Gambar diatas ni hasil daripada orang yang tak sabar nak rasa kuih ni..potong ketika masih panas hehe..terukkan:)..selamat mencuba.
*p/s: terima kasih pd cm dan alongroz kerana sudi berkongsi resepi nie ~ zana panjang2kannya pula kat sini.

1 ulasan: