Khamis, Ogos 11, 2011

Ketam Black Pepper


Salam n selamat t/hari, hari ni zana nak share resepi ketam black pepper, mmg sedap dan x rugi mencubanya resepinya zana dapatkan dari myresepi.com oleh lilysharizet.
Ketam Black Pepper
Bahan2nya:
  • 3-5 ekor ketam ~ dibersihkan dan potong 2 bhgn
  • 3 ulas bwg putih dicincang/tumbuk
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji cendawan butang dlm tin dihiris2 (ni zana tambah)
  • 2 sudu makan sos lada hitam / 1 sudu makan lada hitam dikisar
  • sedikit air + sedikit garam jika perlu
  • hirisan daun sadri/bwg utk hiasan
Cara2nya:
1. Ketam dilumur dgn sedikit serbuk kunyit dan garam ~ digoreng separuh masak
2. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos lada hitam ~ kacau dan tambahkan sedikit air.
4. Masukkan ketam tadi dan kacau sehingga rata.
5. Kepekatan kuah, ikut pada citarasa masing2..kalau nak cair tambahkan air dan kalau nak pekat biarkan ia kering sedikit. Siap bolehlah dihidangkan... selamat mencuba!!

1 ulasan:

  1. Assalam Zana, Selamat Berpuasa...amboiii dia melapah ketam bulan2 pose nih eh..sedap ooo tengok...mengancam tekak akak :). Hari ni masak apa, selamat berbuka la ya..

    BalasPadam