Khamis, Ogos 11, 2011

Birthday Waher ~ Devil Choc. Cake

Assalamualaikum dan selamat berpuasa...sekejap ajer dah habis sepuluh hari kita menunaikannya. Hai!! bersua lagi kite.. baru hari nielah zana dapat berblog, setelah beberapa hari x mengadapnya...rindu2 :D bizi2 sejak akhir2 nie dgn maidnye dah x de, melayan pulak kerenah anak dara kecik tuu... x nak pi Taska sbb x nak pi nessari, aduhhhhh!!! sakit2 nak melayannya tiap hari... baru2 nie buat zana buat birthdaynya, sepatutnya 3 Ogas tp zana buatnya hari minggu lepas.. selagi x buat selagi itulah ditanya, bila mama nak buat birthday waher? 2., bila dah buat!! tanya pulak mana hadiahnye.... adoiiii.....poning2. Last2 buatlah kek sendiri....decolah sendiri hehheee... Resepinye zana ambil dari rumah fiza nordin, resepi asal dari kak ayu singapore dan dialih bahasa oleh noorsha rasanya...mintak maaf sekiranya tersalah...hehehhe!!! tq semua kek nya moist sangat......jom layan resepi dan gambar kerenah anak2ku iituuu...

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Bahan²

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 3/4 sk soda bikarbonat
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 65 gm butter
  • 1 biji telur Saiz A
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 cawan buttermilk*
  • 1/2 cawan air suam

Bahan² untuk homemade buttermilk :

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sb cuka masakan

* susu mesti berada pada suhu bilik @ suam. campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. ia akan mengental sedikit.guna 1/4 cawan sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.

Cara²

1. panaskan oven pada suhu 170 C - bergantung pada oven masing2

2. griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.

3. ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.

4. dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

5. Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata.

6. masukkan vanila esen dan kacau sebati.

7. bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama untuk menguji kek sudah masak @ belum.

6. jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar.

Bahan² Untuk Cream Cheese Frosting

  • 250 gm philapedia cream cheese
  • 125 gm butter
  • 1 cawan icing sugar
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 st lemon jus

Cara² untuk Cream Cheese Frosting :

pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi. kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.

Bahan² Untuk Chocolate Ganache

  • 200 ml double cream @ whipping cream
  • 250 gm dark chocolate
  • secubit garam

Cara² untuk Chocolate Ganache

menggunakan kaedah double boiler (satu periuk berisi air, satu lagi periuk lebih kecil di letak diatasnya. biar periuk yang kecil itu terapung), masukkan double cream @ whipping cream. biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair. masukkan sedikit garam. kacau rata. biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi. sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti anda....sedia dihidang :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan