Rabu, Julai 06, 2011

Ikan Kukus Asam Boi...


Salam n selamat ptg semua.. hai!!! ptg ini zana nak n3kan menu2 yg ketinggalan nak diupdatekan.. terlupa lak! oklah! jom layan aje resepi nie..ya
Ikan Kukus Asam Boi
(sumber: ResepiRaidah)

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( ikan lain2 pn blh seperti siakap, kembung bawal)
  • 30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris
  • 3-5 biji asam boi ~ rendam dgn air separas asam
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 inci halia ~ dihiris halus
  • 1 biji tamato ~ dihiris
  • 1 batang lobak merah ~ dihiris
  • 3 kuntum brokoli ~ dipotong kecil
  • 4 biji cili api ~ dibelah 2 (nk pedas tambah lagi)
  • 1 btg serai ~ diketuk
  • 1 sudu mkn bawang putih,merah,halia yg ditumbuk
  • 1 camca teh tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:

1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi bersama air dan serai.
3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.

4 ulasan:

  1. Salam kak Zama..pernah buat ikan kukus..tp x pernah letak asam boi ..leh lah cuba ni...ingat nnt nak buat juadah utk bulan posa...mmg sesuai dah x lama lg ni...

    BalasPadam
  2. Kebetulan saya pun tayang ikan kukus gak nih kak..meh tuko pinggan walaupun ikannya dah abis.hehe..mesti sedap je bila tambah asamboi

    BalasPadam
  3. salam zana..akak pun lama x ksini..zana pekabo?? uish ikan stim ni mmg feveret anak2 & hubby! tp selalu makan kt kedai punyer..hehe! nk wat kekadang maleh nk kuorkan pengukus..

    BalasPadam
  4. nampak sedapnya ikan kukus nie... x perna lg buat ngan asam boi...

    BalasPadam