Rabu, Julai 20, 2011

Donut Sosej / Donut Berinti Coklat


Assalamualaikum dan selamat ptg... bersua lagi di ptg2 hari hehehe... biasanya zana buat n3 pd waktu lunch, tp kali nie zana buat ptglah pulak sbb kat opis td x berkesempatan nak berblog nie.. hehehe!!! kerja pulak banyak. Oklah! n3 zana utk hari nie ialah donut sosej/donut berinti coklat. Kalau kat rmh nie bab donut2 nie memanglah laku.. fav... anak2. Kali nie zana ikut resepi dari dapur Ibundo , resepinya zana cedok dari dapur kak anymz .. mmg berbaloi.. boleh dapat 2 in 1 . Cuba kita tengok resepinya ya! zana cNp jer dari dapur kak anymz...
Donut Sosej / Donut Berinti Coklat
Bahan:A

300 g tepung high protein
200 g tepung gandum
80 g castor sugar
5 g garam
20 g susu tepung
1 peket(11 g) instant yeast

B
230 ml air,1 telur grade B

C
40 g shortening

D
sosej
1 biji telur untuk sapuan
100 g breadcrumbs


1. Satukan bahan A dalam mangkuk. Gaul rata speed slow.
2. Masukkan B dan pukul high speed. Masukkan C. Pukul sehingga dough menjadi lembut
3. Tutup mangkuk dengan cling wrap selama 20 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali ganda.
4. Tumbuk dough untuk keluarkan angin. Bahagikan dough seberat 70 g setiap satu.
5. Untuk setiap bahagian, gelek dengan tangan supaya ia menjadi satu strip memanjang. Lilit di sekeliling sosej. Celup ke dalam telur dan golekkan ke dalam pinggan berisi breadcrumbs.
6. Biarkan dalam dulang selama 20 minit lagi. Kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakan api perlahan.

*Cara akak,masukkan semua ke dalam BM dan teruskan dengan langkah ke empat.

1 ulasan: