Khamis, Jun 02, 2011

Bun Lembut & Butterscotch Sauce


Salam dan selamat pagi pd rakan2 blogger yg berkunjung kesini.. bersua lagi di pagi hari khamis nie... Hari zana nak n3kan Bun lembut bersama sos butterscotch yg zana buat malam tadi utk anak2 di rumah. Resepinya dah lama zana perap...barulah nie mencubanya. mmg sedap dan gebu aje bun lembut nie dimakan pula bersama butterscotch sedappnyer!! tkasih pd Ros Jintanmanis & Izah Muffin.. dgn resepinya..nanti leh buat lagi...insya`allah.
Bun Lembut
(resepi: RosJintanmanis)
Bahan2 utk Dough:
  • 300gm tepung roti
  • 80gm tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux (kite guna bread improved)
  • 1 biji telur (tinggalkan sedikit utk gliss)
  • 1 1/2 besar margerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 st garam
  • 2 st yis
  • 160ml air suam
Utk gliss:
  • lebihan telur +
  • 2 sudu besar susu (kite buh susu fresh)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

ButterScotch Sauce
(sumber: Izah Muffin... resepi: cook.com)
Bahan2nya:
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1/2 cwn gula pasir (zana buh 1/4cwn jer tu pun dah manis)
  • 1/2 cwn air
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1/4 cwn tepung (zana buh 3 sb tpg jagung)
  • 1/2 cwn butter
  • secubit garam (optional)
Cara Penyediaan:
1. Satukan brown sugar, gula pasir, tepung dan air dlm periuk non stick ~ gaul sebati dan masak di atas api sederhana sehingga gula hancur.
2. Tambahkan esen vanilla dan butter ~ kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat.
3. Sejukkan dan bolehlah dimakan dgn roti kosong.
Seedapp!!

3 ulasan:

  1. comelnya roti tu...
    suke tengok n thans sudi try. sedapnya terasa2 lagi ni

    BalasPadam
  2. ButterScotch .. tak prnh buat ni.. mkn dgn roti panas2 tentu sedapp...

    BalasPadam
  3. Wah, sedap ni zana ada sos butterscoth mmg best.

    BalasPadam