Selasa, Jun 21, 2011

Bun Coklat Berinti Krim Coklat


Assalamualikum dan salam sejahatera... bersua kembali, nampaknya 2 atau 3 hari sekali baru nak update blog ni.. org dah jauh kedepan zana masih ketinggalan. Nak ikutkan sepatutnya dah banyak entry2 yg zana masukkan di blog ini.., tapi masa x mengizinkan utk zana berblog selalu.. Oklah! hari nie zana nak n3kan resepi bun coklat berinti krim, yg zana buat seminggu yg lalu... hehehe....dah jadi baja pun.... :D utk resepinya krimnya leh tengok
kat sini . Resepi utk bunnya pulak zana c&p aje dari MyR. Tkasih pd tuan empunya resepi tu...

BUN COKLAT BERINTI KRIM COKLAT (MyR-ROSJINTANMANIS)

Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )

Ø 200 gram tepung roti/ highprotein flour

Ø 50 gram tepung gandum

Ø 1 sudu kecil yis

Ø 2 sudu besar marjerin/butter

Ø 2 sudu besar susu tepung/skim milk

Ø 2 sudu besar gula

Ø 1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti

Ø 120ml susu segar atau air suam

Ø 1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)

Ø 2 sudu besar serbuk koko

*untuk inti*

Ø sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.

cara-cara

1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.

2. campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.

3. kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.

5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campurkan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan