Jumaat, Jun 24, 2011

Sup Ikan Berempah


Assalamualaikum.. dan bersua lagi... di ptg hari jumaat ni. Sekejap aje dah hari jumaatkan!Dah makan t/hari ke belum? t/hari nie zana makan kue tiau goreng je kat kedai Thailand tu.. naik jemu pulak makan nasi goreng kat situ. Kat area zana keje ni mmg susah nak cari kedai makan! yg ade cume kedai mamak dan kedai thai , selebihnya restoran2 `Cha' nie... tension2. Oklah! cite pasal masak lak ek! hehehe.... pagi tadi zana masak sup ajer utk anak2 makan bila pulang dari sekolah nanti. Cerita pasal sup2 nie kan!, zana mmg belum pernah cuba lagi buat jenis sup berempah., mcm ni, kira first timelah... itu pun sebab rempahnya dah ade, dibeli oleh kakak semasa melawat ke Kebun Nasuha (yg kaya dgn rempah ratusnya atau lebih popular lagi dgn panggilan Rempah Mak Siti) kat Muar. Dulu pernahlah rasa sup yg berempah macam gini.. kat kedai mamak Di Restoran Padang Kota tp "sup kambing" dimakan pula dgn roti perancis. Oklah! kita tengok resepinya.

Sup Ikan Berempah
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • Beberapa potong ikan merah yg telah dibersihkan
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia*} ditumbuk halus
  • 1 paket kecil rempah sup ikan mak siti ~ digaul dgn sedikit air sehingga menjadi pes
  • sebiji kentang dipotong dadu
  • 1/2 biji lobak merah dipotong dadu
  • 3-4 cwn air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak utk tumisan
  • Daun sadri/bwg dihiris kasar
Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan rempah sup ~ dikacau sebati, masukkan sedikit air dan biarkan merenih.
2. Masukkan ikan dan kacau sedikit, kemudian masukkan air diikuti kentang dan labak merah.
3. Rasakan dgn sedikit garam, bila mendidih.. taburkan dengan hirisan daun sadri dan bwg.. tutupkan api ~ bolehlah dihidangkan.

1 ulasan:

  1. Salam sdp le ikan merah masak sup berempah ni akk.....ada sambal belacan lg menyegat....dah bawa mangkuk ni....hehheh

    BalasPadam