Selasa, Jun 21, 2011

Sambal Goreng MIL..


Salam...jumpa lagi... t/hari nie zana nak n3kan pulak resepi sambal goreng MIL. Sambal nie memang zana dan anak2 cari setiap kali kerumah mentua...mmg special sekali, makan dgn nasik kosong aje dah memadai.. kalau kat rmh zana...pulak anak2 panggil sambal menantu wo.. tpkan..kan!!! walau macamna pun kita masak takkan sama mcm mak masakkan?!!! ^-^ :D .... yg kita buat nie...pon seakan2 sama gitu.. kita tengok cara2 buat & bahan2nya then kita wat sendirik!... tapikan.. tak laratlah nak ikut cara mentua buat rencahnya tu...!!! sebab bahan2nya.. seperti cili kering, bwg, belacan semuanya ditumbuk atau digiling aje... kalau tengok resepinya sama seperti sambal tumis biasa...mungkin perbezaan caranya kot.... sambal nie zana buat dlm kuantiti yg banyak utk bekalan hubby ke sabah...
Sambal Goreng MIL...
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • 250gm ikan bilis ~ dibuang kepala/taik dan belah 2
  • 2 labu bwg besar dibelah 6 bhgn
  • 10 biji bwg merah*
  • 4 ulas bwg putih*
  • 2" belacan*] ditumbuk halus
  • semangkuk cili kisar
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • semangkuk kecil minyak kelapa (zana buat sendiri) baunya harum bila menumis emm..
Cara2nya:
1. Panaskan minyak kelapa ~ tumiskan bahan tumbuk sampai wangi kemudian masukkan bwg besar dan ikan bilis. Kacau rata dan biarkan sehingga ikan bwg besar nampak layu dan ikan bilis sedikit garing.
2. Dengan menggunakan sudip.. ketepikan ikan bilis dan bwg, biarkan kosong di tengah2 kuali tu dan masukkan cili kisar, jika nampak kering tambahkan dgn sedikit minyak. ~ kacau rata.
3. Apabila cili nampak masak, masukkan pes asam jawa dan rasakan dgn sedikit gula. Jika perlu bolehlah tambahkan sedikit garam. (zana x ubuh sbb biasanya ikan bilis tu dah masin)
4. Tutupkan apinya bila sambalnya agak kering. Hidangkan dgn nasik kosong atau boleh dimakan bersama roti. Rasa mcm nasik lemak pun ye...
**ps ~ guna minyak masak biasa pun x pe.. tp lagi sedap jika guna minyak kelapa...cubalah!

1 ulasan:

  1. air tangan org dulu memang sedap kan zana?.

    BalasPadam