Jumaat, April 02, 2010

Sandwich Crispy...


Salam hari Jumaat penghulu segala hari...bertemu lagi..kite. Pagi nie zana buat sandwich lagi..kali nie "Sandwich Crispy" pulak...curi idea dari rmh Hasue lg, sebelum ni zana penah buat serikaya Crispy...boleh ikut resepi kat SINI atau kat SINI yea...oklah! zana tuliskan jugak resepinye..sonang x payah cari.
Bahan2 Inti:
  • 1 tin sardin 340gm
  • 1/2 labu bawang besar dipotong dadu.
  • 1/2 biji tomato buah dipotong dadu.
  • 1 biji limau kasturi~amik jus aje
  • 2 sb mayonis
  • Roti secukupnya

Cara2:

Sardin dihancurkan dan masukkan bawang besar, tomato dan digaul sebati. Kemudian masukkan pula mayonis diikuti jus limau kasturi dan digaul lagi...siap! lepas tu buatkan sandwich...ketepikan dulu.

Bahan2 salutan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air - secukupnya
  • 1/4 st garam
  • 1/2 st gula
  • 2 sb minyak masak/planta
  • minyak utk menggoreng

Cara2:

  1. Masukkan tepung, garam, gula dan minyak, kemudian masukkan air ~ buat macam bancuhan goreng pisang dan letakan sedikit pewarna kuning.
  2. Ambil sekeping sandwich dan celupkan kedalam bancuhan tepung kemudian goreng dlm minyak panas sehingga sedikit garing dan angkat~buat sehingga habis.
  3. Sedap dimkn ketika masih panas ~sesuai utk sarapan pagi atau minum petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan