Khamis, April 22, 2010

Kuih Kaswi aka Kuih Lompang


Salam & selamat sejahtera n t/kasih pd kwn2 yg berkunjung ke villa zana nie...sebenarnya dari minggu lepas lagi zana bizi dgn kerje2 kat opis nie...bizi dah sampai tahap gabanlah org kate, & dgn keadaan kesihatan zana yg x mengizinkan. Hari nie zana nak entrykan menu sarapan pagi zana & keluarga iaitu "Kuih Kaswi aka kuih lompang" resepi asalnye dari Sis Blackmore tapi zana jumpa resepi nie kat rmh Rinnchan FP. Ape2 pun tkasih pd kakak2 berdua...CnP aje dari rmh kak rinn...
KUIH KASWI/ KUIH LOMPANG
(Sumber: Sis Blackmore)
Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan)
  • 1 ketul besar gula melaka ( Rinn guna 1 cawan gula merah)
  • 5 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3 sudu makan air kapur
  • 1 sudu makan coklat paste (Rinn guna 1 camca) * Menurut Sis Blackmore ianya utk memberi brown effect yg lebih.
  • Daun pandan
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam

Cara-cara :

  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
  2. Ayak semua tepung.
  3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur.
  5. Masukkan coklat paste. * Mulanya agak gusar, dikhuatiri akan merosakkan bau original kuih kaswi/lompang ini. Tapi sebab ingin tahu juga hasilnya Rinn bubuh juga 1 camca teh choc paste.
  6. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.
  7. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
  8. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  9. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  10. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  11. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  12. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

2 ulasan:

  1. zana..I paling suka makan kasui or lompang bubuh kelapa banyak2 sambil minum teh...sedapppppppp

    BalasPadam
  2. salam zana..atie sukeee kuih kaswi nih!!nk tumpang mkn kt sini la..boleh?nanti mai umah atie yer...amik bunga...

    BalasPadam