Jumaat, April 16, 2010

Mini Tuna Puff


Salam Hari Jumaat & selamat petang semua....relek sekejap!! sehari dua nie kerja kat opis mmg banyak x penah abiss....nyer...pas satu dtg gi satu, amend-update2 geramnye!!!! oklah!! hari nie zana nak entrykan menu sarapan pagi lagi yg mana sempat zana snep lerr! hihihi...zana buat pagi tadi "Mini Tuna Puff" bahan2nyer pun dah ade... lama nak buat nie, tp asyik tertangguh aje...jom layan!!!
Bahan2nya:
  • 1 paket puff pastri jenama kawan (4"x4" ~ 10 keping)
  • 1 tin tuna flake ~ dihancurkan}*
  • 1/2 labu bwg besar dicincang halus}*
  • 1 biji lada banggala dicincang halus}*
  • 1 biji limau kasturi ~ ambil jus}*
  • 3 sb mayonis}*
  • serbuk lada hitam secukupnya}*
  • sedikit garam}*
  • 1 biji kuning telur

Cara membuatnya:

  1. Gaulkan semua bahan2 (*) digul sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Ambil sekeping puff pastri dipotong 4 bahagian, 2 bahagian dikelar2 jgn sampai putus..
  3. Ambil 1 bhgn yg x dikelar diisi dgn 1 sudu teh isian tuna, kemudian ditutup dgn. 1 bhgn yg berkelar dan tekan tepi2nya dgn garfu.
  4. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega ~ buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180ÂșC selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan dan bolehlah dihidangkan.

Gambar sebelum dibakar....

setelah siap....silakan!!!

1 ulasan: