Isnin, April 05, 2010

Kuih Serimuka Pelangi...


Lagi.........amik resepi dari k.liza.., "Kuih Serimuka Pelangi" sumber dari buku "aneka Kuih Talam"...kuih ini zana buat malam tadi utk sarapan pagi nie merangkap bekalan anak2 kesekolah..hihihi!!! tpkan lapisan merah tu retak2lah!! mungkin terlebih kukus ke?? rasanye tetap sedap pd saya. Resepinya boleh jugak rujuk kat SINI . CnP jugak lah! nie kes maleh ler nie....tkasih kak liza.
Bahan-bahan

Lapisan Bawah:

  • 2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Lapisan Pelangi:

  • 4 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • pewarna kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara

  1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
  2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
  3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
  4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
  5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
  6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
  7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
  8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
  9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
  10. Hidangkan untuk minum petang.

3 ulasan:

  1. salam kak zana,
    cantik dah tu serimuka. rajin kak wat pelangi2 tuh. adus, saya amik sekeping ya kak...hihi

    BalasPadam
  2. m`kmslm..indah..tkasih..silakan2..

    BalasPadam
  3. salam zana..cantiknay seri muka ni,meriah kalernya

    BalasPadam