Isnin, April 12, 2010

Murtabak Lapis


Hai!! assalamualaikum dan selamat sejahtera pd kwn2 yg berkunjung...bertemu lagi utk hari ini...sekejap ade sekejap x de..kan zana nie...mcm biskut ler pulak hehehe!!! ape2 pun meh ler jamu mata kat sini. Hari ini zana nak entrykan menu sarapan pg zana sekeluarga... "Murtabak Lapis" buatnye malam tadi.. mknnye pg td, biasalah tuu..kan! resepinye amik dari blog chef kite Norzailina . Nak ikut resepi nie pun boleh!!!
Bahan-bahan:
INTI
  • 400 gm daging kisar
  • 3 camb rempah kari
  • 300 g bawang besar~didadu
  • 1 biji kentang didadu kecik(tambah sendiri)
  • 3 ulas bawang putih + 3 biji bawang merah + 2 cm halia ~ dikisar
  • 3 camb minyak
  • 250 ml air

LAPISAN

  • 45 kpg biskut cream crackers
  • 300 ml susu cair + 400 ml santan (1 kelapa)
  • 6 biji cili merah~ dicincang (zana guna 3 biji aje + 1/2 biji lada benggala hijau)
  • 6 tangkai daun bawang~ dicincang
  • 4 biji telur~ dipukul (guna 3 biji ajer telur grid A)
  • 4 camb mentega
  • garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau 3 minit. Tuangkan air, kacau sekali-sekala.
  3. Bila kering, masukkan bawang besar, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga bawang layu kemudian angkat.
  4. Alas dasar tin 25 cm dengan foil. Lengser marjerin.
  5. Celup beberapa keping biskut dalam campuran susu-santan, susun di dasar tin (9 keping setiap lapisan).
  6. Taburkan 1/5 daging, daun sup, cili dan telur. Ulangi hingga 5 lapisan yang sama.
  7. Tuangkan baki santan-susu hingga separas biskut. Letak mentega di atasnya.
  8. Bakar pada 200 C selama 45 minit atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.
  9. Sedap dimakan bersama sos & mayonis...Selamat Mencuba...

1 ulasan:

  1. salam Zana...wah ingatkan kek saja boleh dilapis..rupa2nya ada juga murtabak lapis begini...sedap kalau dimakan sambil minum air tarik......oh ya...berkenaan pmbantu rumah tu..buat masa sekarang blum bercadang nak ambil yg baru..masih rasa Fobia dgn yg lama..huhuhu

    BalasPadam