Khamis, April 08, 2010

Popia Mee Segera...


Salam & salam sejahtera pd kwn2 yg berkunjung...hai!!! bertemu lagi di alam maya ini...Hari nie zana nak entrykan menu sarapan pagi zana sekeluarga dan juga sebagai bekalan anak2 sekolah. "Popia Mee Segera"...sebenarnya zana membuatnya petang semalam...sedikit digoreng dan lebihnya zana simpan utk pg nie..hehehe!!!!biasalah tu..kan!!! mudah sikit keje kite di pagi hari.
Idea nie zana amik dari majalah SEDAP.., tp resepinya tu ikut selera kite ler ye...kite tengok ajelah resepi yg mudah ini.

Bahan2 utk Inti:
  • 2 bungkus mee segera dicelur/dipotong kecil & diasingkan rencahnye (zana guna rencah sayur/ayam)
  • 1 biji telur ayam dikocak sedikit
  • 3 biji bawang merah* ~ dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih* ~ dicincang halus
  • 100gm daging ~ dipotong halus
  • 1 biji lobak merah disagat mcm btg mancis
  • 1 biji cili merah dicincang halus
  • 1/2 st rempah kari
  • 50ml air/secukupnya
  • sedikit hirisan daun sadri

Bahan dasar:

  • Kulit popia secukupnya (dlm 24 kpg)
  • 1/2 st tepung gandum + sedikit air (utk gam)
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng

Cara2nya:

Inti:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan* sehingga naik aroma
  2. Masukkan daging cincang dikacau rata kemudian masukkan perencah mee + sedikit rempah kari dan dikacau sebati.
  3. Masukkan lobak merah, cili merah.. diikuti telur dan dikacau lagi sehingga telur berbentuk ketulan2, tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan mee yg telah dicelur td dan digaul sebati
  5. Rasa & tambahkan sedikit garam jika perlu..tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Ambik sekeping kulit popia, masukkan inti dan digulung~buat seperti membuat popia biasa tu sehingga habis.
  7. Goreng didalam minyak panas dgn api yg sederhana ~ sedap dimakan begitu shj atau dgn sos.
  8. Sesuai dimakan utk minum ptg atau pun sarapan pg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan