Semalam...atas perintaan anak2, zana merajinkan diri utk buat kuih nie..."Samosa Berinti Daging" dulu zana selalu jugak membuatnya kemudian zana frozenkan...bila nak mkn barulah digoreng...kan sonang!!! tp bab nak melipat kulit samosa tu leceh sikit...ler, buat yg mini ajer...disebabkan anak2 nak makan buat jugaklah. Inti daging tu... zana buat hari sebelum tu then simpan dlm peti sejuk., bila nak guna barulah keluarkan. Ok lah!! meh...tengok resepinyer..
Bahan A:
- 1 paket kulit popia (7 1/2" x 7 1/2")
- 1 sb tepung gandum + sedikit air (buat gam)
Bahan B (inti):
- 500gm kentang dipotong dadu dan direbus separuh masak~toskan
- 400gm daging cincang (jenama Ramly)
- 5 biji bwg merah*
- 2 biji bwg putih*
- 1" halia* (bhn * ditumbuk halus)
- 1/2 st jintan manis*
- 1 sb sos tiram
- 3 sb rempah kari+sedikit air
- 1 sb rempah kurma
- 1 tangkai daun kari
- sayur campur (jika suka)
- garam dan gula secukup rasa.
Cara membuat inti:
- Panaskan minyak ~ tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya.., masukkan rempah kari/kurma dan daun kari kemudian dikacau sebati.
- Masukkan daging ~ kacau sebati dan biarkan sehingga daging agak kering, kemudian masukkan kentang dan digaul rata.
- Masukkan sos tiram dan rasakan dgn garam juga gula
- Bila masak ~ anggak dan toskan minyaknya..biarkan sejuk, lepas tu masuk dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk..bila nak guna barulah leh keluarkan.
Cara melipat kulit:
- Ambil sekeping kulit popia dan dipotong memanjang (bg pd 3 bhgn)
- Ambil 2 bhgn yg telah dipotong td dan digam antaranya.
- Buat bentuk segi 3 seperti dlm gambar tu..then masukkan inti ~ buat sehingga habis.
- Frozenkan...jika nak makan barulah digoreng..
Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sos...sesuai utk minum ptg/sarapan pg..,selamat mencuba..
ini pulak!!!...
Jemputlah!! kwn2...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan