Hai!! salam & salam sejahtera semua..bertemu kembali!! semalam zana cuba buat "Bebola Kentang Berinti Keju"..teringin pulak nak membuatnya, bila tengok kat rumah Jiya...amik dr majalah SEDAP, tergoda u...resepinya dah lama zana tulih!! tp blm kesampaian. Kebetulan bahannya dah ade kat rmh, so zana buatlah jugak!! anak2 pulak menyukainya., ape2 pun thanks Jiya krn share resepi nie..
Bahan2nya:
- 300gm kentang dikukus n dilecek (kite guna kentang russet & blend ajer..)
- 2-3 sudu mkn susu tepung
- 1 biji kuning telur
- 1/4 st serbuk lada sulah
- 1/4 st serbuk buah pala ( x boh pon..)
- 1 sb butter tanpa garam ( kite guna mentega ajer, x perlu buh garam)
- 1/2 st garam
- tambahan sedikit tpg gandum (jika perlu~sekiranya melekat pd tngn)
- kiub keju secukupnya (guna dlm 22 Nos.)
Bahan utk optinal:
- 2 biji putih telur dikocak sedikit
- serbuk roti kasar ~ warna oren secukupnya.
- Minyak utk menggoreng.
Cara menyediakan:
- Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga x melekat pada tangan..sekiranya melekat leh tambahkan sedikit2 dgn tepung gandum.
- Ambik sedikit adunan, masukkan kiub keju dan buatkan bebola..sehingga siap.
- Golekkan bebola keju td kedalam serbuk roti ~ kemudian celupkan pula dlm putih telur dan digolek sekali lagi dlm serbuk roti ~ buat sehingga selesai.
- Goreng dlm minyak penuh dgn api serdahana sehingga bebola td masak
- Hidangkan bersama sos ~ sdp dimakan ketika masih panas2 suam.
*Pada kwn2 yg nak cari kiub keju tu, nie...ade contohnya!! leh cari kat Giant/pasaraya2 besar.
Wow, besnya! My son pasti suka nih ;)
BalasPadamnampak sedap je. keju tu macam pernah nampak kat Giant KB. mmm... boleh dicuba ni
BalasPadamcubalah! kakchik & love mmg sdp..membuatnya pun agak mudah..,makan mcm tu aje pun dah sedap..
BalasPadam