Isnin, Mac 08, 2010

Sambal Telur ~ Belimbing Buloh


Hai!!! salam semua & selamat sejahtera...tiga hari x update blog nie...rindu2 hehehe!!! hujung minggu... zana balik kekg tngok FIL yg sakit., kwn2 mcmne sihat ke? tkasih kerana berkunjung kesini..Hari nie zana entrykan menu mkn t/hari anak2 semlm "Sambal Telur ~ belimbing buloh" kenakan pulak dgn sop sayur dan ikan goreng.
Bahan2nya:
  • 5 biji telur ayam ~ direbus, dibuang kulit dan digoreng
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • sedikit belacan* (bhn * ditumbuk halus)
  • 8-10 belimbing buloh dicuci dan dibelah 2
  • 1 sk pes asam jawa+sedikit air
  • 5 sd mkn cili mesin
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili mesin dan dikacau sehingga cili masak.
  2. Masukkan belimbing buloh, pes asam jawa dan dikacau sebati ~ masukkan telur yg telah digoreng tadi dan digaul rata.
  3. Kemudian masukkan bawang besar ~ kacau lagi dan rasakan dgn sedikit garam dan gula.
  4. Bila masak...tutup api dan bolehlah dihidangkan...

2 ulasan:

  1. assalamualaikum zana.
    lauknya nampak cukup sedap tu. kalau dimakan dengan nasi hangat, takde lauk lain pun takpe.

    BalasPadam
  2. Betul tu kakchik..betul! betul! betul!

    BalasPadam