Jumaat, Januari 01, 2010

Tahu Sumbat & Sos Cili



Salam Hari Jumaat & Selamat Tahun Baru 2010...permulaan bicara...utk ari ini, dh ptg barulah dapat berblog..hehhehh..oklah! hari nie zana buat "Tahu Sumbat dgn sos cili" sebagai pencuci mulut lepas mkn t/hari td. Dah lama zana x makan tahu sumbat, sesekali makan sedap jugak..kan resepinya mudah sekali, org yg x pandai pun leh buatkan....ape2pun zana buhkan resepinya kat sini ok..!
Bahan2nya:
  • 7-8 keping tahu yg telah siap digoreng ~ dicelur sebentar dan dipotong serong bhg pd 2bhgian dan dibelah tengah.
  • semangkuk tauge ~ dicelur sebentar
  • 1 biji timun jepun ~ dihiris-hiris dan dipotong mcm btg mancis

Bahan utk sosnya:

  • 6 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar gula pasir*
  • 3/4 cawan air masak*
  • sos tomato secukupnya.

Cara menyediakan:

  1. Sediakan tahu dan sumbatkan tauge bersama timun jepun sehingga habis
  2. utk sosnya pulak..kisarkan bhn2 * sehingga halus dan tambahkan dgn sos tomato secukupnya dan kisar lagi.
  3. setelah siap bolehlah dihidangkan bersama tahu sumbat dan sedia utk dimkn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan