Jumaat, Januari 22, 2010

Ikan Keli Masak Tempoyak..


Salam Pagi Jumaat...kwn2 semua..,hari nie zana keudara lagi di alam cyber nie...ini menu makan malam zana dan keluarga. Ptg semalam zana buat lauk "Ikan Keli Masak Tempoyak" just nak mencuba sebenarnya...rasanye sedap jugaklah., ce wah!! msk bakul angkat sdr la nie hehehe...
Bahan2nya:
  • 5 ekor ikan keli yang telah siap dibersihkan.
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 biji cili merah*~kalau nak pedas.. boh lebih sikit
  • 1cm belacan*
  • 2-3 gelas air
  • 2 btg serai dititik
  • 2 kpg asam gelugor
  • secekak daun kesum
  • 2 sb tempoyak
  • garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Bahan (*) ditumbuh hancur/halus
  2. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali tempoyak dan daun kesum.
  3. Masak diatas api sedahana kecil sehingga mendidih ~ dan kacau sedikit.
  4. Rasakan dgn garam dan sedikit gula....
  5. Akhir sekali masukkan tempoyak dan daun kesum, kacau sebentar dan bolehlah ditutup apinya.
  6. Sedia utk dihidangkan....!!

3 ulasan:

  1. ikan keli masak tempoyak ye......dalam esbox tu ada ikan keli tapi belum tau nak masak apa lagi tu....

    BalasPadam
  2. maria...cubalah!! biasanya org buat lauk nie guna ikan patin..nnt bolehlah bgi komen..

    BalasPadam
  3. salam zana. aduh kecur betul le tgk lauk ikan keli tempoyak ni. dah lama tak makan ikan keli. dulu sblm kawin selalu makan sbb bapak akk rajin memancing dan menjala. nmpk sedap betul...

    BalasPadam