Selasa, Januari 05, 2010

Kuih Bakar


Salam semua..."Kuih Bakar" ini menu sarapan pagi zana dan keluarga. Dah lama nak buat kuih ini tp baru la nie dpt zana buat, resepinya zana kutip kat dapur "Hana~Jepun" ~ kalau nak ikutkan memang banyak resepi kuih bakar nie..tp zana tengok resepi hana guna sukatan yg mudah so...kite ikut lerr...thanks hana.
Bahan-bahannya:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (atau air + pandan paste)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cwn santan
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • sedikit pewarna hijau
  • bijan yg telah disanggai secukupnya.

Cara-cara membuatnaya:

  1. Campurkan semua bahan ~ blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 tbs minyak dlm loyang ~ kemudian panaskan sebentar loyang didlm oven.
  3. Bila minyak sudah panas ~ masukkan adunan kuih tadi..dan bakar pd suhu 180'C.
  4. Selepas 20minit barulah taburkan bijan ~ supaya bijan nmpk cantik dan tak hangit dan jgn terlalu lewat taburkan bijan kerna bila dh masak bijan akan tertanggal dr permukaan kuih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan