Jumaat, Januari 08, 2010

Kuih Ketayap aka Kuih Gulung


Salam Pagi Jumaat...kabare..,cewah!! cakap jawa lak!!..ok lah hari nie zana nak entrykan pulak menu "kuih ketayap aka kuih gulung" nie. Sebenarnya kuih nie, zana buat untuk menu minum petang semalam..balik keje, pikir2 nak wat minum ptg ape..tengok2 dlm aisbok tu, masih ade lagi baki inti kelapa so..zana pun buatlah. Kali ini zana buat ikut resepi CMG pulak! x payah guna santan atau susu segar, simple aje...thanks Cik Mat.
Bahan-Bahannya :
  • 300 g tepung gandum
  • 4 camca besar tepung ubi
  • 1 camca teh paste pandan
  • 650 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 1/2 camca teh garam
  • Inti kelapa secukupnya

Cara membuatnya :

  1. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan garam, gaul rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati, kacau dgn whisk hingga rata.
  3. Masukkan pandan paste dan minyak masak, kacau hingga sebati dan tapis. Biar 10 minit.
  4. Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit minyak dan tuang 1/3 cawan adunan dan ratakan.
  5. Masak hingga permukaan kuih dadar berubah pucat, guna api perlahan. Alih ke dalam pinggan, sudu kan satu camca teh inti kelapa dan gulung kemas. Buat hingga siap.

1 ulasan:

  1. Salam kak zana rose,
    Hmm...lama tak makan ketayap. Aritu, saya beli kelapa parut putih, niat nak mkn ketayap la. Last2 tak ingat pun nak buat ketayap. huhu.
    makan kat sini bole?

    BalasPadam