Jumaat, Januari 15, 2010

Masak Lemak Merah


Salam hari Jumaat..hai!! bertemu kembali di alam maya nie...pejam-celik2 dah penghujung minggu kedua anak2 kesekolah..sekejap aje masa berlalu, begitu juga dgn usia kita meningkat sehari lagi..alhamdulillah...syukur kepadaNYA.., krn kita dianugerahkan tubuh badan yg sihat dan rezeki yg halal. Oklah!!..mlm td zana buat gulai nie.."Masak Lemak Merah" menu utk mkn malam merangkap utk mkn t/hari..lerr..kat rumah tu mmg jarang msk lemak mcm nie, sekali-sekala pekena sedap jugak..Jom layan aje resepinya...
Bahan2nya:
  • 3 ekor ikan mabong aka kembung yg serdahana besar ~ dibersihkan dan dipotong 2
  • 1 biji peria dipotong2
  • beberapa hirisan nanas
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 1/2" kunyit hidup*
  • 2" belacan* ~ (bahan (*) ditumbuk halus)
  • 4 sb cili mesin
  • 3 cwn santan dari sebiji kelapa
  • 1/2 cwn air
  • 2 kpg asam gelugor
  • garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Kecutkan ikan bersama bahan tumbuk , asam gelugor dan air ~ di dlm periuk di atas api yg serdahana kecil sehingga ia merenih.
  2. Masukkan potongan peria dan beberapa hirisan nanas..biarkan sekejap, kemudian masukkan santan dan dikacau selalu supaya x pecah minyak sehingga mendidih.
  3. Rasakan dengan sedikit garam dan bolehlah ditutup apinya.
  4. Sedia utk dihidangkan...

3 ulasan:

  1. Salam kak Rose,
    wah, sedapnya! tgah lapar ni, nampak seme sedap2 jer...hihi
    oh, ikan mabong tu, ikan kembung,kak? skali nampak macam gulai. hm,sedap,sedap

    BalasPadam
  2. m`kumslm.. indah, ikan mabong atau kembung tu akak rasa..itu ikan yg sama..bezanya ikan mabong tu besar dan kembung itu kecil, rasanya sama aje..kan, sbb kadang2 tu keliru jugak bila tengok kat pasar tu..nama2 ikan nie..akak pun x brp tahu..he..hee..ape2 pun tkasih indah krn bertanya..

    BalasPadam
  3. wah resepi ni mesti dicuba. tak pernah plak nampak lauk lemak merah :)

    BalasPadam