get this widget here

Selasa, Januari 12, 2010

Cinnamon Rolls


Salam kwn2...hai!! dah beberapa hari tak dpt nak update blog nie...hari ini barulah ade sedikit kelapangan...malam tadi zana cuba buat "Cinnamon Rolls" nie...mcm ne jd tak? percubaan pertama nie....,resepinya zana amik dlm. majalah SEDAP keluaran Oct.2009. Ok kite lihat
Bahan2nya:
  • 400gm tepung roti/high protien
  • 1 st yis segera mauripan
  • 25gm gula pasir
  • 20gm susu tepung
  • 1 biji telur
  • 200 ml air sejuk
  • 75gm mentega tawar (zana guna planta/margerin aje)
  • 1 st garam (zana x bubuh pun)
  • 75gm coklat masakkan putih~dicairkan utk optional

Bahan2 utk sapuan:

  • 50gm mentega tawar dilembutkan
  • 50gm gula merah
  • 1/2 sb serbuk kayu manis (zana bubuh 1/2 sudu teh)
  • 100gm kismis dipotong dua bhgn.

Cara menyediakan:

  1. Campurkan tepung roti, mauripan, gula pasir dan susu tepung ~ dikacau rata.
  2. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga tak melekat di tangan. Masukkan mentega tawar dan garam. Uli lagi sehingga elastik, kemudian doh rehat selama 30 minit ~ tumbuk2 doh utk kempiskan adunan.
  3. Canai nipis adunan 40 x 25cm.
  4. Sapu dgn mentega tawar, taburkan gula merah dan ayak serbuk kayu manis kemudian taburkan kismis (kalau nak ikut step by step refer kat majalah SEDAP k)
  5. Gulung sambil dipadatkan ~ potong-potongkan setebal 2cm. Letakkan di loyang 24cm x 24cm x 4cm yg telah dialas kertas roti dan disapu margerin.
  6. Biarkan selama 45 minit /sehingga kembang.
  7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 190'C. Hias dgn coklat masakkan putih cair.


Jumaat, Januari 08, 2010

Kuih Ketayap aka Kuih Gulung


Salam Pagi Jumaat...kabare..,cewah!! cakap jawa lak!!..ok lah hari nie zana nak entrykan pulak menu "kuih ketayap aka kuih gulung" nie. Sebenarnya kuih nie, zana buat untuk menu minum petang semalam..balik keje, pikir2 nak wat minum ptg ape..tengok2 dlm aisbok tu, masih ade lagi baki inti kelapa so..zana pun buatlah. Kali ini zana buat ikut resepi CMG pulak! x payah guna santan atau susu segar, simple aje...thanks Cik Mat.
Bahan-Bahannya :
  • 300 g tepung gandum
  • 4 camca besar tepung ubi
  • 1 camca teh paste pandan
  • 650 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 1/2 camca teh garam
  • Inti kelapa secukupnya

Cara membuatnya :

  1. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan garam, gaul rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati, kacau dgn whisk hingga rata.
  3. Masukkan pandan paste dan minyak masak, kacau hingga sebati dan tapis. Biar 10 minit.
  4. Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit minyak dan tuang 1/3 cawan adunan dan ratakan.
  5. Masak hingga permukaan kuih dadar berubah pucat, guna api perlahan. Alih ke dalam pinggan, sudu kan satu camca teh inti kelapa dan gulung kemas. Buat hingga siap.

Selasa, Januari 05, 2010

Kuih Bakar


Salam semua..."Kuih Bakar" ini menu sarapan pagi zana dan keluarga. Dah lama nak buat kuih ini tp baru la nie dpt zana buat, resepinya zana kutip kat dapur "Hana~Jepun" ~ kalau nak ikutkan memang banyak resepi kuih bakar nie..tp zana tengok resepi hana guna sukatan yg mudah so...kite ikut lerr...thanks hana.
Bahan-bahannya:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (atau air + pandan paste)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cwn santan
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • sedikit pewarna hijau
  • bijan yg telah disanggai secukupnya.

Cara-cara membuatnaya:

  1. Campurkan semua bahan ~ blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 tbs minyak dlm loyang ~ kemudian panaskan sebentar loyang didlm oven.
  3. Bila minyak sudah panas ~ masukkan adunan kuih tadi..dan bakar pd suhu 180'C.
  4. Selepas 20minit barulah taburkan bijan ~ supaya bijan nmpk cantik dan tak hangit dan jgn terlalu lewat taburkan bijan kerna bila dh masak bijan akan tertanggal dr permukaan kuih.

Ahad, Januari 03, 2010

Garlic Mashed Potato....


"Garlic Mashed Potato".......zana buat jugak..setelah beberapa kali asyik tertangguh aje..godaannya terlalu kuat apabila tengok kat blog kengkawan yg membuatnya...geram sekali...mmg sedapkan...jiya kan..kann!!! nah!! resepinya ...sori jiya akak C&P aje lehlah ye.
Bahan-bahan:
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper

Bahan-bahan untuk gravy :

  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper- letak black pepper sos
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara membuat:

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis².
  2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bawang putih yg diketuk. Tabur sedikit garam.
  3. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  4. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper ke dalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya. Kalau takda potato masher, guna electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Untuk Gravy :

  1. Tumis bawang putih dan black pepper hingga wangi. (jangan sampai garing sangat, tak sedap)
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
    Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit² sampai gravy tu tak pekat, tak cair. (kalau suka pekat², tambah lagi..ikut selera masing²)
  3. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!



Sotong Masak Lada Hitam


Salam semua..selamat t/hari...hari nie zana masak "Sotong masak lada hitam"...menu mkn t/hari td..makan sotong ni x leh selalu..kolestrol...tinggi tau..!! pekena sesekali tu bolehlah hehek..zana kalau msk sotong suka msk mcm nie ~ kite goreng letur2 aje...kalau x sotong tu liat, jd x sedapkan...lihat aje resepinya ok!!
Bahan2nya:
  • 8-10 ekor sotong dicuci dan dibersihkan ~ dipotong2 dan digaul dgn serbuk kunyit serta sedikit garam
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 3 biji bwg putih*}
  • 1cm halia*}
  • 1 sdk lada hitam*}(ditumbuk halus)
  • 10-12 btg kacang buncis dipotong serong
  • tambahkan sedikit perasa

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan bawang besar dan dikacau sebati..
  2. Kemudian masukkan kacang buncis diikuti sotong ~ digaul dan dikacau rata dan tambahkan sedikit perasa jika perlu
  3. Biarkan sebentar ~ agak2 sotong hampir masak barulah tutupkan apinya..kalau terlalu lama masak takut nanti sotong tu liat pulak...& bolehlah dihidangkan..


Jumaat, Januari 01, 2010

Bubur Jagung Berpisang


Emmp... yg ini pulak "Bubur Jagung Berpisang"...menu untuk minum ptg tadi, lama x pekena mmg sedap makan bersama roti bun kosong...tahu2lahkan kalau cuti2 nie x kemana, dok kat rmh mmg asyik nak makan dan buat makan aje...kalau p jenjalan pun cari makan jugak betul x.....??? betoool....ape2 je lah!!! kite tengok resepinya ye....mudah aje...
Bahan2nya:
  • 2 batang jagung manis ~ disagat
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 2 cawan air
  • 2 biji pisang dipotong2
  • 1/2 cawan sagu biji (yg warna-warni tu)
  • 4 sb gula pasir
  • santan pekat secukupnya

Cara menyediakannya:

  1. Masak jagung bersama daun pandan dan 2 cawan air ~ sehingga mendidih
  2. Masukkan pisang, sagu biji dan gula pasir dan dikacau sebati...kemudian masukkan santan pekat dan biarkan sehingga masak.
  3. Apabila masak bolehlah dihidangkan untuk minum ptg/ pagi...yummy..yummy

Tahu Sumbat & Sos Cili



Salam Hari Jumaat & Selamat Tahun Baru 2010...permulaan bicara...utk ari ini, dh ptg barulah dapat berblog..hehhehh..oklah! hari nie zana buat "Tahu Sumbat dgn sos cili" sebagai pencuci mulut lepas mkn t/hari td. Dah lama zana x makan tahu sumbat, sesekali makan sedap jugak..kan resepinya mudah sekali, org yg x pandai pun leh buatkan....ape2pun zana buhkan resepinya kat sini ok..!
Bahan2nya:
  • 7-8 keping tahu yg telah siap digoreng ~ dicelur sebentar dan dipotong serong bhg pd 2bhgian dan dibelah tengah.
  • semangkuk tauge ~ dicelur sebentar
  • 1 biji timun jepun ~ dihiris-hiris dan dipotong mcm btg mancis

Bahan utk sosnya:

  • 6 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar gula pasir*
  • 3/4 cawan air masak*
  • sos tomato secukupnya.

Cara menyediakan:

  1. Sediakan tahu dan sumbatkan tauge bersama timun jepun sehingga habis
  2. utk sosnya pulak..kisarkan bhn2 * sehingga halus dan tambahkan dgn sos tomato secukupnya dan kisar lagi.
  3. setelah siap bolehlah dihidangkan bersama tahu sumbat dan sedia utk dimkn...