Selasa, Mei 24, 2011

Samosa


Salam dan salam sejahtera semua... bertemu lagi..n3 utk hari ini, ialah n3 yg dah tertangguh. Rasanya zana dah pernah n3kan sebelum ini. Tp kali nie zana buat samosa ni berintikan kentang berdaging (mcm buat karipap tu)
SAMOSA BERINTI DAGING
(Sumber: zanavilla)
Bahan A
  • Kulit popia size besar secukupnya
  • 1 sudu makan tpg gandum + sedikit air sbgi bahan pelekat
Bahan B (inti)
  • 300gm daging cincang
  • 1 labu bwg besar ~ didadu kecil
  • 2 biji kentang ~ didadu kecil (dimasakkan - separuh empuk)
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukup rasa
Cara2 menyediakan:
  1. Panaskan minyak ~ tumis bahan tumbuk dan daun kari sehingga wangi, kemudian masukkan rempah kari dan kurma yg telah digaul dgn sedikit air ~ dikacau sebati.
  2. Kemudian masukkan masukkan daging cincang dan dikacau sebati sehingga air daging tu kering sedikit.
  3. Masukkan kentang dan bwg besar dan dikacau sebati. Rasakan dgn sedikit garam dan gula. Bila masak tutupkan apinya ~ biarkan sejuk dan ketepikan.
Cara membungkus samosa:
1. Ambil sekeping kulit popia ~ dipotong 3 bhgn yg sama besar. Ambil 2 bhgn drpdnya dan disambungkan menjadi kepingan yg panjang dan lipat bentuk segi seperti dlm gambar step2.
2. Buat secukupnya ~ kemudian ambil sekeping masukkan inti dan lipatkan bentuk segi tiga dan gam dipenghujungnya. Setelah selesai semuanya bolehlah digoreng dlm minyak yg banyak sehingga kekuningan.
3. Boleh juga dibuat frozen.
Ini yg telah siap digoreng...silakan...

Isnin, Mei 23, 2011

Kek Kukus Coklat Sunkist


Hari sabtu tu ari...zana merajinkan diri utk buat kek coklat kukus nie. Ramuan2nya main agak2 jer! cewahh!! macam teror aje hehehe.. :D alhamdulillah menjadi jugak! Biasanya kalau buat ape2 kek ni zana tengok resepi..kali nie makcik maleh! nekat jer...
Kek Kukus Coklat Sunkist
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • 2 cwn tpg gandum*
  • 1/2 st baking powder*
  • 1 st baking soda*
  • 1/2 cwn serbuk koko + 1/2 cwn milo* } bhn2 * diayak
  • 2 biji telur grid A
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn minyak canola
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 biji limau sunkist (diparut kulit dan diambil jusnya)
Cara2nya:
  1. Masukkan telur, air, gula dan minyak dlm mangkuk adunan dan mix selama 5 min dgn kelajuan yg max atau sehingga gula hancur.
  2. Masukkan tepung dan koko yg telah diayak tadi, sedikit demi sedikit dgn menggunakan spatula dikaub balikkan sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan parutan kulit limau dan jusnya ~ digaul rata.
  4. Alaskan loyang 8" yg telah lanserkan dgn sedikit margerin dgn kertas kuih dan tuangkan adunan ~ kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
  5. Setelah sejuk ~ jika suka bolehlah dibubuh topping. Moist sekali rasanya cubalah!

Kari Kepala Ikan


Assalammualaikum... bersiaran lagi di t/hari Isnin... masa utk mengn3kan menu mkn malam zana dan keluarga semalam. Lama dah x membuatnya.. sesekali kena kari kepala ikan memang sedap! kalau makan kat kedai mamak rasanya x kurang RM40 kan? Jom jamu selera n mata... :)
Kari Kepala Ikan
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • sebahangian kepala ikan Merah (+ dgn 2ketul bhgn daging)
  • 1 labu bawang besar dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 7-8 biji terung telunjuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 st jintan manis
  • sedikit halba
  • 4 sudu makan serbuk kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 st pes asam jawa adabi
  • 3-4 cwn air
  • garam secukup rasa
Cara menyediakan
  1. Ikan dicuci bersih. Panaskan sedikit minyak tumiskan halba, jintan manis, daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan terung, tomato dan bawang besar digaul rata dan sehingga bwg layu.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dicampur sedikit air dan pes asam jawa dan digaul sebati.
  4. Masukkan secawan air diikuti ikan dan dikacau rata. Apabila merenih tambahkan air lagi ~ kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Rasakan dgn sedikit garam dan tutupkan apinya bila masak. Hidangkan ketika masih panas...(makan rebut2 mcm tu..bestnya).

Khamis, Mei 19, 2011

Gulai Ayam


Assalammualaikum... n salam sejahtera pd rakan2 yg berkunjung kesini...bertemu lagi... tenggolam timbullah lagi zana nie... ^_^. Sebenarnya beberapa hari nie..kerja urgent melambak2 kat opis nie, hari nie barulah rasa lega sikit..(ade can nak memblog hehehe... :) ) N3 utk ari ini... "Gulai Ayam" kat rumah nie memang jarang masuk list gulai ayam mcm ni... selalunya kalau nak makan gulai ayam mcm ni.. balik kg baru dpt makan, sbb mak suka buat lauk2 yg bersantan nie...anak2 suka..tp kali nie mama nyer kenalah buat... :D
Gulai Ayam
Bahan2nya:
  • 1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong (zana suka potong kecil aje)
  • 500ml santan pekat + secawan air
  • 3 btg serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dikoyak2kan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 2 biji kentang di potong 4
  • 5 biji bwg merah*
  • 2" kunyit hidup*
  • 10-15 biji cili padi*
  • sedikit belacan*} bahan* ditumbuk halus
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
Cara2nya:
  1. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan serai bersama bhn2 tumbuk sehingga wangi dan masukkan sedikit air diikuti ayam dan kentang ~ digaul rata. Biarkan ia merenih sebentar dan kentang separuh masak.
  2. Masukkan santan dan asam keping, kacau selalu supaya santan x pecah minyak, kemudian masukkan buah tomato, daun kunyit dan daun limau purut.
  3. Rasakan dgn sedikit garam, setelah masak boleh tutupkan apinya. Hidangkan...

Isnin, Mei 16, 2011

SELAMAT HARI GURU


Salam n salam sejahtera kepada semua rakan2 yg berkunjung ke villa ini...selamat pagi dan "Selamat Hari Guru" pd cikgu2 zana di Melaka dan juga pd guru2 yg mendidik anak2 zana sama ade di Tadika UMMI Bestari, SK Seksyen 11, SMK Seksyen 10 dan SMK Seksyen 4 Kota Damansara, juga utk rakan2 yg bergelar "Guru" di luar sana...Terima Kasih Cikgu....Jasa mu tetap ku kenang.

Ahad, Mei 15, 2011

Kek Oren Blended


Assalammualaikum... bersiaran lagi dan selamat berhujung minggu. Dah beberapa hari zana tak update blog nie..terasa rindu pulak! Hari ni.. zana nak n3kan kek yg zana buat semalam. Kek nya pun hanya tinggal abuk aje... Al maklumlah awak nie, bukannya rajin buat kek ni! hehehe!!!! tengok pulak resepinya mudah aje...so senang ingat jadi kena buatlah! bahan2nya pun dah ade.
Rasanya dah ramai yg mencubanya resepinya dari kak fida (myr).
Kek Oren Blended
(sumber: kak fida myr)
Bahan2nya:
  • 1 biji buah limau* (zana guna sunkist)
  • 1 cwn minyak sayur* (zana guna minyak canola)
  • 2 cwn gula halus* ( secawan dah mencukupi)
  • 3 butir telur*
  • 2 cwn tepung gandum}
  • 1 sudu makan baking powder} diayak
Cara penyediaan:
1. Buah limau dipotong kecil ~ dibuang biji dan urat putihnya
2. Masukkan limau dan bahan * kedalam blender dan blend sehingga halus dan gula hancur.
3. Masukkan bahan yg telah diblend kedalam mangkuk.
4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul rata.
5. Masukkan adunan td ke dlm loyang 8"x8" ~ yg telah dilanserkan dgn sedikit margerin dan lapik dgn baking paper.
6. Bakar dlm oven pd suhu 170 c selama 40 min atau sehingga masak.

Khamis, Mei 12, 2011

Giveaway "Saya Suka Kuih"

Salam semua...n bertemu lagi.., masa jalan2 kat blog Kak Zalin.. ni first time zana keblognya... tengok2 resepi yg ade. Tertariklah pulak zana utk menyertai Giveaway "SAYA SUKA KUIH" nie...itulah kalau dah peminat kuihkan! Dah semestinya nak ikut serta...dan kalau anda jugak seperti saya berminat utk menyertainya mudah saja...anda hanya perlu...ikut syarat2nya... ^_^ hihihikk...anda mestilah..jeng2...
Syarat Pertama: Anda Mestilah mempunyai blog sendiri.... ~ ok
Syarat Kedua: Mestilah menjadi Follower ~ dah!!
Syarat Ketiga: Copy Banner Giveaway di atas ~ ok
Syarat Keempat: Kenapa suka makan kuih?
kenapa ya? kenapa saya suka makan kuih...zana memang suka makan kuih muih macam nie kerana sedari dulu hinggalah sekarang x pernah jemu makan kuih2 nie terutama kuih muih tradisional.., lagi pun dulu mak jugak buat kuih muih utk jualan...sebab itulah zana x pernah jemu utk mencuba resepi2 kuih muih nie seperti kuih2 talam, kuih lapis, kuih donut, kuih karipap dll..eee...suka buat sekiranya anak2 suka makan...dan lagi suka sekiranya kuih yang kita buat tu menjadi......betul tak? happpy sangatt!!!! dan
Syarat Kelima: Tinggalkan komen anda di blog Kak Zalin...

Oklah selesai..!! mudah ajekan? Sesiapa yg ingin menyertai bolehlah link di SINI tarikh tutupnya ialah...lambat lagi tau iaitu pd 13 Jun 2011.

Isnin, Mei 09, 2011

Donut Berinti Kastard


assalamualaikum.... n salam sejahtera pd rakan2 yang berkunjung kesini. Bersiaran lg utk hari nie...setelah bercuti di hujung minggu...x kemana2 pun hanya duduk di rumah layan kerenah anak2 besar dan kecik hihi!!! ari tu masa jalan2 kat dapur kak CT..ambil kad DDCT tu...terjatuh hati lak dgn donut berinti yg kak ct buat tuu.. jd semalam zana buat donut berinti nie pulak utk anak2 ku yg sememangnya sukakan donut. Kalau nak tengok cara2nya leh rujuk kat SINI. Oleh sebab adunan donutnya banyak jadi yg selebihnya zana buat bebola donut...cucuk pulak dgn lidi satay. Tkasih zana pd kak ct kerana share resepi ni.
Donut Berinti Kastard
(sumber: Che Ct Delima)

Bahan2nya:
  • 280ml air
  • 300gm tepung roti
  • 200gm tepung gandum
  • secubit garam
  • 60gm gula halus (1/2 cwn)
  • 20gm susu tepung (3 sudu makan)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 31/2 st instant yis
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm lemak sayur (shortening)
Cara utk buat donut:
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan shortening. Adun sehingga rata dan tuangkan air, gaul sehingga menjadi doh yg lembut. Masukkan shortening sambil terus menguli sehingga mendapat doh yg lembut, kenyal dan x melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, kemudian masukkan kedalam satu bekas dan biarkan selama sejam (Sehingga naik 1 x ganda)
  2. Kaedah lain: Masukkan bahan2 di atas mengikut urutan kedalam BM ~ pilih butang doh dan tekan on. Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan doh tadi , uli sekejap dan rehatkan selama 5 min. bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1 1/2 cm ~ terap dgn penerap donut dan alihkan kedalam dulang yg telah ditaburkan dgn sedikit tepung. Buat hingga siap dan rehatkan 1/2 jam sehingga naik lagi.
  4. Goreng donut dlm minyak yg sederhana panas, sehingga kuning keemasan kedua2 belah permukaan bolehlah diangkat dan toskan.
  5. Donut yg telah digoreng bolehlah ditaburkan gula halus atau dituang coklat.
Bahan Kastard:
  • 1 sudu besar tepung kastard*
  • 1 sudu besar gula kastor*
  • 2/3 cwn susu segar* (zana guna whipping krim)
  • 15gm butter (1 sd besar)
  • 2 st esen vanilla
Untuk kastard:
Campurkan bahan bertanda * ~ dikacau rata dengan whisk di atas api yg perlahan sehingga pekat. padamkan api , tambahkan butter dan esen vanilla, kacau rata dan biarkan sejuk. Ketepikan.

Jumaat, Mei 06, 2011

Kad Kredit dari Kak CT


Salam pd semua... bersiaran lagi...eeee!!!! seronoknya dapat kad kredit dari kak CT...semua orang diberinya.... VVIP GOLD CARD lagi tu, sungguh pemurahnya kakak kite nie.. ade kat kredit... semuanya boleh beli, nanti bolehlah gi shoppingg.... hihik!! lalalala.......tkasih kak CT.

Khamis, Mei 05, 2011

Ikan Bawal Tiga Rasa..

Assalamulaikum....bersiaran lagi utk hari ni...bagaimana! anda semua sihatkah hari nie? semoga beroleh kesihatan yg baik insya'allah... Oklah! sebenarnya menu yg hendak zana n3kan kebanyakkannya adalah siaran ulangan ajelah nampaknya hihi...resepinya leh tengok kat SINI
jugak ya... dan yg ini versi lain sikit.. ^_^ :D
Ikan Bawal Tiga Rasa.
Bahan2nya:
  • seekor ikan bawal mas (dicuci dan dipotong bbrp bhgn)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • sedikit hirisan nanas
  • 2-3 kuntum brokoli - dipotong kecil dan dicelur
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia*] ditumbuk halus
  • sos tomato dan cili secukupnya
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa.
Cara2nya:
1. Gaulkan ikan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam ~ goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan sos cili dan tomato secukupnya dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan bwg besar, lobak merah, hirisan nanas dan sedikit air ~ biarkan ia merenih sedikit.
4. Masukkan ikan dan brokoli ~ dikacau rata, rasakan dengan sedikit garam dan gula.
5. Setelah masak tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan.

Rabu, Mei 04, 2011

Kuih Rengas @ Kuih Kacang


Assalamualaikum... semua dan salam sejahtera pd semua pengunjung2 yg sudi singgah di Villa ini. Bersua lagi kita di alam maya ni...setelah beberapa hari bercuti...cuti2 M'sia. Ok! n3 zana utk hari ialah menu sarapan pg zana dan keluarga. Dah lama nak membuatnya, tp asyik tertangguh aje ^-^....sebelum ni penah buat , lama sungguh adelah 4-5 taun.. gitu, masa tu anak2 kecik2 lae...(lom pandai makan kuih2 mcm ni) hihii....sekarang nie buatlah apa je kuih2 goreng nie...mesti laku punya.. jom!!! layannn...
Kuih Rengas @ Kuih Kacang
(sumber: Kak Liza)

Bahan2nya

  • 1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]

  • air secukupnya untuk merebuskan

  • 1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)

  • 3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha] (zana guna kelapa parut yg kering je..)

  • 3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
  • 1 cawan tepung beras

  • 1 s/b tepung jagung

  • 1 s/k kunyit serbuk

  • 1/2 s/k air kapur

  • air secukupnya

  • sedikit garam

  • minyak utk menggoreng

Cara-caranya:
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.

sebelum digoreng...
Jemputlah!!... ^_^....