Khamis, Mei 19, 2011

Gulai Ayam


Assalammualaikum... n salam sejahtera pd rakan2 yg berkunjung kesini...bertemu lagi... tenggolam timbullah lagi zana nie... ^_^. Sebenarnya beberapa hari nie..kerja urgent melambak2 kat opis nie, hari nie barulah rasa lega sikit..(ade can nak memblog hehehe... :) ) N3 utk ari ini... "Gulai Ayam" kat rumah nie memang jarang masuk list gulai ayam mcm ni... selalunya kalau nak makan gulai ayam mcm ni.. balik kg baru dpt makan, sbb mak suka buat lauk2 yg bersantan nie...anak2 suka..tp kali nie mama nyer kenalah buat... :D
Gulai Ayam
Bahan2nya:
  • 1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong (zana suka potong kecil aje)
  • 500ml santan pekat + secawan air
  • 3 btg serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dikoyak2kan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 2 biji kentang di potong 4
  • 5 biji bwg merah*
  • 2" kunyit hidup*
  • 10-15 biji cili padi*
  • sedikit belacan*} bahan* ditumbuk halus
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
Cara2nya:
  1. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan serai bersama bhn2 tumbuk sehingga wangi dan masukkan sedikit air diikuti ayam dan kentang ~ digaul rata. Biarkan ia merenih sebentar dan kentang separuh masak.
  2. Masukkan santan dan asam keping, kacau selalu supaya santan x pecah minyak, kemudian masukkan buah tomato, daun kunyit dan daun limau purut.
  3. Rasakan dgn sedikit garam, setelah masak boleh tutupkan apinya. Hidangkan...

2 ulasan:

  1. err.. terliur pulak rasa tgk ayam tergolek dlm mgkuk tu

    BalasPadam
  2. ira kalau gulai ayam mesti fail, tak de skill langsung

    BalasPadam