Khamis, Mei 05, 2011

Ikan Bawal Tiga Rasa..

Assalamulaikum....bersiaran lagi utk hari ni...bagaimana! anda semua sihatkah hari nie? semoga beroleh kesihatan yg baik insya'allah... Oklah! sebenarnya menu yg hendak zana n3kan kebanyakkannya adalah siaran ulangan ajelah nampaknya hihi...resepinya leh tengok kat SINI
jugak ya... dan yg ini versi lain sikit.. ^_^ :D
Ikan Bawal Tiga Rasa.
Bahan2nya:
  • seekor ikan bawal mas (dicuci dan dipotong bbrp bhgn)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • sedikit hirisan nanas
  • 2-3 kuntum brokoli - dipotong kecil dan dicelur
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia*] ditumbuk halus
  • sos tomato dan cili secukupnya
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa.
Cara2nya:
1. Gaulkan ikan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam ~ goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan sos cili dan tomato secukupnya dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan bwg besar, lobak merah, hirisan nanas dan sedikit air ~ biarkan ia merenih sedikit.
4. Masukkan ikan dan brokoli ~ dikacau rata, rasakan dengan sedikit garam dan gula.
5. Setelah masak tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan.

1 ulasan: