assalamualaikum.... n salam sejahtera pd rakan2 yang berkunjung kesini. Bersiaran lg utk hari nie...setelah bercuti di hujung minggu...x kemana2 pun hanya duduk di rumah layan kerenah anak2 besar dan kecik hihi!!! ari tu masa jalan2 kat dapur kak CT..ambil kad DDCT tu...terjatuh hati lak dgn donut berinti yg kak ct buat tuu.. jd semalam zana buat donut berinti nie pulak utk anak2 ku yg sememangnya sukakan donut. Kalau nak tengok cara2nya leh rujuk kat SINI. Oleh sebab adunan donutnya banyak jadi yg selebihnya zana buat bebola donut...cucuk pulak dgn lidi satay. Tkasih zana pd kak ct kerana share resepi ni.
Donut Berinti Kastard
(sumber: Che Ct Delima)
Bahan2nya:
- 280ml air
- 300gm tepung roti
- 200gm tepung gandum
- secubit garam
- 60gm gula halus (1/2 cwn)
- 20gm susu tepung (3 sudu makan)
- 1/2 sudu besar baking powder
- 31/2 st instant yis
- 2 biji kuning telur
- 50gm lemak sayur (shortening)
Cara utk buat donut:
- Satukan semua bahan kecuali air dan shortening. Adun sehingga rata dan tuangkan air, gaul sehingga menjadi doh yg lembut. Masukkan shortening sambil terus menguli sehingga mendapat doh yg lembut, kenyal dan x melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, kemudian masukkan kedalam satu bekas dan biarkan selama sejam (Sehingga naik 1 x ganda)
- Kaedah lain: Masukkan bahan2 di atas mengikut urutan kedalam BM ~ pilih butang doh dan tekan on. Tunggu hingga siap.
- Keluarkan doh tadi , uli sekejap dan rehatkan selama 5 min. bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1 1/2 cm ~ terap dgn penerap donut dan alihkan kedalam dulang yg telah ditaburkan dgn sedikit tepung. Buat hingga siap dan rehatkan 1/2 jam sehingga naik lagi.
- Goreng donut dlm minyak yg sederhana panas, sehingga kuning keemasan kedua2 belah permukaan bolehlah diangkat dan toskan.
- Donut yg telah digoreng bolehlah ditaburkan gula halus atau dituang coklat.
Bahan Kastard:
- 1 sudu besar tepung kastard*
- 1 sudu besar gula kastor*
- 2/3 cwn susu segar* (zana guna whipping krim)
- 15gm butter (1 sd besar)
- 2 st esen vanilla
Untuk kastard:
Campurkan bahan bertanda * ~ dikacau rata dengan whisk di atas api yg perlahan sehingga pekat. padamkan api , tambahkan butter dan esen vanilla, kacau rata dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Salm sdp nya donat suka yg ada inti mcm ni..nak nya intik kasted budak2 pun suka
BalasPadamsalam...saya cuma nak tahu blia nak masukkan intinya..=)
BalasPadam