Ahad, Mei 15, 2011

Kek Oren Blended


Assalammualaikum... bersiaran lagi dan selamat berhujung minggu. Dah beberapa hari zana tak update blog nie..terasa rindu pulak! Hari ni.. zana nak n3kan kek yg zana buat semalam. Kek nya pun hanya tinggal abuk aje... Al maklumlah awak nie, bukannya rajin buat kek ni! hehehe!!!! tengok pulak resepinya mudah aje...so senang ingat jadi kena buatlah! bahan2nya pun dah ade.
Rasanya dah ramai yg mencubanya resepinya dari kak fida (myr).
Kek Oren Blended
(sumber: kak fida myr)
Bahan2nya:
  • 1 biji buah limau* (zana guna sunkist)
  • 1 cwn minyak sayur* (zana guna minyak canola)
  • 2 cwn gula halus* ( secawan dah mencukupi)
  • 3 butir telur*
  • 2 cwn tepung gandum}
  • 1 sudu makan baking powder} diayak
Cara penyediaan:
1. Buah limau dipotong kecil ~ dibuang biji dan urat putihnya
2. Masukkan limau dan bahan * kedalam blender dan blend sehingga halus dan gula hancur.
3. Masukkan bahan yg telah diblend kedalam mangkuk.
4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul rata.
5. Masukkan adunan td ke dlm loyang 8"x8" ~ yg telah dilanserkan dgn sedikit margerin dan lapik dgn baking paper.
6. Bakar dlm oven pd suhu 170 c selama 40 min atau sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan